Rapper dan penulis lagu, Altimet mendedahkan dirinya memang sudah lama meramal penyanyi hiphop wanita akan kembali mendominasi industri hiburan tanah air lebih-lebih lagi selepas kemenangan lagu Gila dan EH di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini.

Jelas Altimet, selepas melihat transisi yang berlaku di dalam dunia hiphop antarabangsa, dia juga yakin trend tersebut turut akan beralih arah ke Malaysia.

Katanya lagi, faktor tersebut turut menjadi antara pendorong mengapa dia memilih DeFam untuk menggantikannya membawa lagu Bunga pada AJL33 yang lalu.

“Wonder Women. 2-3 tahun lepas dah nampak dalam scene hiphop antarabangsa, Emcee-emcee wanita Bangkit mendominasi.

“Aku tau trend ni akan sampai kat Malaysia sebab tu DeFam ganti Aku perform Bunga kat AJL. Malam semalam bukti, hiphoppers perempuan mampu berdiri sebaris dengan lelaki,” tulisnya.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Altimet yang juga merupakan punulis lirik bagi lagu Eh itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Ads

Malah, Altimet turut percaya rapper wanita juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rapper lelaki yang lain

“Sebagai peminat female emcee, dari Roxanne Shante ke Queen Latifah, Lauryn Hill, Rah Digga, Eve, Rapsody, ke Mizz Nina & Mawar Berduri, Aku ucapkan terima kasih & tahniah kepada @EHZiziKirana & @LocaLangsat, you got the mic now, Queens. #AJL35,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Altimet turut menitipkan ucapan tahniah buat Zizi Kirana dan Loca B kerana telah menjadi juara bagi kategori masing-masing.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat berterima kasih kepada Altimet kerana telah mengangkat kembali martabat rapper-rapper wanita.

Terdahulu, lagu Eh yang telah pun dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Terbaik AJL35 merupakan lagu hasil ciptaan Zizi dan Altimet (Mambang) manakala komposernya pula ialah Navigator

Sumber: Twitter Altimet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI