Bersempena dengan Minggu Fesyen New York, Neelofa yang turut berkesempatan menjadi tetamu, seterusnya menonton beberapa siri pertunjukan fesyen mewah di sana.

Malah, Neelofa sempat mencuba beberapa persalinan dari jenama terkenal dunia, termasuk busana dari Tommy Hilfiger.

Bagaimanapun, sesi ‘fitting’ bertukar menjadi suatu situasi yang penuh makna apabila hos MeleTop itu bertemu empat mata dengan Tommy Hilfiger sendiri ketika sesi ‘fitting’ berlangsung.

“You look great,” komen pereka tersebut saat pertama kali bersua sama Neelofa.

“Ketika sesi fitting berlangsung, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang telah saya cuba.

Ads

“Beliau sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama.

“You Look Great,” – Puji Pereka Tersohor, Tommy Hilfiger Saat Pertama Kali Bertemu Neelofa

“Team Tommy Hilfiger juga sangat membantu ketika proses fitting. Mereka juga sangat natural ketika menggayakan hijab untuk saya,” kata Neelofa.

Ads

Sempat merakam beberapa foto kandid, usahawan berjaya ini juga memaklumkan dirinya turut menggemari kebanyakan busana yang ada dalam koleksi terkini pereka terkenal itu.

“Koleksi yang diperagakan semalam terdiri daripada busana kasual.

“You Look Great,” – Puji Pereka Tersohor, Tommy Hilfiger Saat Pertama Kali Bertemu Neelofa

Ads

“Jadi, saya boleh melihat diri saya ini menggayakan koleksi berkenaan, terutama koleksi busana kasual lelaki,” kata Neelofa yang turut menyukai barisan persalinan baju panas dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger.

Kekal menjadi antara jenama fesyen pilihan sejak awal 90-an hingga kini, jenama terbabit juga pernah menjalin kerjasama bersama beberap bintang terkenal dunia seperti Gigi Hadid dan Zendaya.

Foto: Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI