Penyanyi Ariff Bahran berdoa semoga isterinya Amirah Syazwani Ridzwan yang kini sedang menanti detik bersalin anak pertama mereka agar terus kuat.
Perkara tersebut dikongsikan bintang berkenaan menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram, pada Sabtu.
“You need to be strong okay sayang. Nak jumpa anak kita dah ni tak lama lagi @myraridzuan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian video yang menerima lebih 8,000 tanda suka itu turut dihujani dengan kata semangat serta ucapan yang baik-baik buat mereka.
Terdahulu menerusi mStar, penyanyi berusia 24 tahun itu mendedahkan proses untuk bergelar bapa membuatkannya sentiasa berfikir tentang kehidupan dan tanggungjawab yang bakal dipikul selepas anak mereka dilahirkan nanti.
Anak sulung daripada tujuh beradik ini bagaimanapun dia sudah terbiasa menjaga adik-adiknya sebelum ini dan tidak ada masalah untuk menguruskan anaknya itu selepas dilahirkan.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.