Baru-baru ini Daler Yusuf telah menerima kecaman netizen gara-gara membandingkan kecantikan artis Korea dan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman media sosial.
Lantas, isu ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah turut mendapat perhatian daripada rapper dan penceramah motivasi, Caprice.
“Your character and who you are as a person is what will help you in dunia & akhirat.” tulisnya.
Menariknya, menerusi video tersebut Caprice telah memberi nasihat kepada Daler dan netizen.
Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli telah memberi pandangan bahawa jangan sesekali kita membanding-bandingkan kaum wanita.
Tambahan lagi, penyanyi berusia 32 tahun itu juga memaklumkan rupa paras itu tidak penting akan tetapi karakter seseorang itu lagi penting untuk dunia akhirat.
Lalu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dikongsi oleh Caprice.
Video : Instagram Caprice