Sebentar tadi, penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow telah selamat diijabkabul bersama gadis pilihan, Marini Ramlan.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh adik kepada Marini iaitu Didi Ramlan menerusi akaun Instagram miliknya.

“Covid wedding vibes. Pretty much thought of you as a brother a while back but welcome to the family officially @flizzow.

“@ninimarini_ you’re the prettiest bride I’ve ever seen. May you both be blessed with all the love in the world.

IKLAN

“Love you guys,” tulisnya.

Menerusi majlis serba ringkas itu, kedua mempelai dilihat sama cantik dan sama padan mengenakan sepersalinan putih hasil tempahan khas Tenun Pahang Diraja.

Dalam pada itu, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak juga ada berkongsi foto cincin pernikahan mereka di IG stories.

Pada masa sama, penyanyi lagu Sampai Jadi itu turut mengenakan tanda pagar #JoeNiniYNWA yang bermaksud ‘You’ll Never Walk Alone’ bersempena dengan kemenangan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris hari ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah buat Joe dan isteri selain turut mendoakan pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke jannah.

Untuk rekod, Joe dan Marini telah mengikat tali pertunangan mereka pada tanggal 29 Desember 2019 yang lalu.

Sumber: Instagram Didi Ramlan