Pelakon, Eyka Farhana muat naik foto berdua dengan ibunya di laman Instagram baru-baru ini.
Kisahnya, dia sempat melahirkan rasa gembira apabila dapat ber’dating’ berdua dengan ibunya itu.
“Indah je rasa kalau dating dengan mama berdua tanpa kena ganggu dengan budak 2 orang yg kurang kasih sayang tu.
“Makan pun mama suap, @dyba.farhana #anakno2memanglebihkasihsayang,” tulisnya di kapsyen.
Namun begitu, ramai yang memuji wajah awet muda ibunya itu, malah ada juga yang menyangkakan bahawa itu adalah kakak Eyka.
Patutlah cantik, mewarisi kecantikan ibu rupanya, tapi betul lah, sekali pandang nampak macam kakak dan adik.
Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23 tahun merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.
Dia bagaimanapun kehilangan kakak sulungnya, Wan Anis Farhana yang berstatus orang kurang upaya (OKU) pada Ogos tahun lalu.
Foto/Instagram: Eyka Farhana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semuanya Berlaku Sejurus Konsert Bersama Anuar,” – Kekuatan Ziana Zain Jayakan Konsert Solo Selepas 22 Tahun
Penyanyi terkenal, Ziana Zain mengakui penglibatannya di dalam dua buah konsert berskala besar bersama Anuar sebelum ini menjadi kekuatan untuknya meneruskan Ziana Zain 2024 yang bakal diadakan pada 25 Mei tahun hadapan.
Ziana berkata, keyakinan tersebut juga disambut baik ramai pihak dan dia terharu melihat sokongan berterusan yang diterima daripada peminat setianya.
“Semuanya berlaku sejurus saya selesai melakukan konsert duet bersama Anuar Zain di Kuala Lumpur dan Singapura sebelum ini. Rasa seronok pula.
“Kemudian Alhamdulillah saya dapat pelawaan daripada Anuar Zain Network dan rakan kerjasama lainnya untuk jayakan konsert solo saya. Mengapa tidak untuk cuba?
“Tetapi bila pihak mereka sudah buat tawaran tersebut, ada juga pihak lain yang turut berminat. Namun saya tolak dengan cara baik, bukan tak mahu berkerjasama. Malah rasa terharu bila ada pihak yang sudi taja.
“Tapi saya punya cara, first come first serve. Pegang pada janji. Sebab bagi saya yang paling penting pada malam itu nanti ialah pemilhan lagu-lagu yang boleh berikan impak,” katanya.
Ziana berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Ziana Zain 2014 di Menara KL, pada Rabu.
Sementara itu, Ziana tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menonton video dedikasi istimewa sempena konsert tersebut daripada empat orang anaknya.
“Aiman doakan mama konsert berjalan dengan lancar dan juga meriah. Jangan risau mama, kami adik beradik ada untuk support mama.
“Terima kasih mama kerana berada di sisi kami sejak kami kecil. Terima kasih untuk segalanya dan kami sayangkan mama,” kata anak sulungnya, Muhammad Aiman Armin Zaharin, disusuli ucapan adik-adik.
Ziana Zain Konsert 2024 ditaja oleh CSA Academy, anjuran bersama Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd serta dengan kerjasama Altus Prohouse.
Konsert istimewa itu bakal menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik serta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson berperanan sebagai pengarah konsert.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket konsert yang bakal dilangsungkan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini bermula pada harga RM288 (Gold) RM1088 (VIP 1) di laman web ticket2U bermula esok, jam 10.00 pagi.
Kali terakhir Ziana muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi konsert Ziana Zain In The Park di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Jasmin Hamid Minta Henti Komen Tak Senonoh, Bimbang Kalau Dibaca Isteri Bertambah Pula Sakitnya
Tindakan segelintir netizen yang tidak sensitif dengan mengaitkan hubungan seksual menjadi punca pelakon Jasmin Hamid diserang sakit jantung menimbulkan perasaan kesal si suami, Nazmir Abdul Rahman.
Menerusi laman Facebook milik pelakon itu, Nazmir yang juga pengurus peribadi kepada Jasmin merayu netizen berhenti menulis komen tidak senonoh serta meminta menghormati keadaan isterinya ketika ini.
“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri yang masih lagi di CCU kerana serangan jantung.
“Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya.
“Kalau tak suka kami, abaikan kami,” tulisnya di laman Facebook milik Jasmin pada malam Khamis.
Selain itu, Nazmir, 36, turut menzahirkan penghargaan terhadap peminat Jasmin yang sentiasa mendoakan kesejahteraan pelakon tersebut.
“Pada yang tak putus panjatkan doa pada Allah untuk Jasmin, saya sekeluarga ucapkan berbanyak terima kasih dan kami kembalikan doa yang baik-baik tersebut buat kalian.
“Pada yang berkata menggunakan emosi, saya serahkan pada Allah,” luahnya lagi.
Dalam posting tersebut, Nazmir turut menunjukkan komen-komen menjengkelkan yang ditinggalkan netizen.
“Sebab kahwin pucuk muda sampai kena heart attack, yang lelaki tu cuci kaki masuk rumah.
“Suami pun tenang-tenang jangan macam kuda, kan dah masuk hospital.
“Akibat suami muda, kasihan,” komen beberapa netizen.
Dramatis berusia 50 itu dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) di Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat serangan jantung pada Rabu lalu.
Nazmir memaklumkan isterinya mengalami serangan jantung disebabkan faktor kolestrol tinggi selain mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit sama.
Jasmin berkahwin dengan Nazmir pada November tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mula Kenal Huruf Pada Usia 42 Tahun, Ameng Spring Syukur Masih Ada Peluang Dalami Ilmu Al-Quran
Vokalis kumpulan Spring, Ameng mengakui dirinya berasa sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk mempelajari ilmu Al-Quran meskipun dalam usia yang agak lewat.
Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, saat pertama kali hatinya terdetik untuk mendalami ilmu Al-Quran, ketika dia telah pun berusia 42 tahun.
Barmula saat itu, Ameng dikatakan telah memasang Azam untuk menjadikan Al-Quran sebagai salah satu rutin kehidupannya.
“Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh ALLAH swt untuk saya mencintai Al-Quran. Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf-hurus Al-Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu / bacaan Al Quran,” tulisnya.
Berkongsi cerita di laman Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Hati ini menyifatkan sekiranya dia boleh menghafal pelbagai jenis lagu, mengapa dia tidak cuba untuk menghafal ayat suci Al-Quran.
“Kalau saya boleh menghafal lirik lirik lagu, tak kan saya tak cuba untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tekad. InshaAllah setiap niat baik kita, kalau kita bersungguh sungguh. inshaAllah segalanya akan dipermudahkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ameng turut mengajak orang ramai untuk turut sama mempelajari ilmu Al-Quran bersamanya di saluran Youtube miliknya.
“Pada anda yang ingin belajar dan mengaji bersama saya, boleh subscribe ke laman Youtube saya AmengSpring Official. Boleh klik link kat Bio saya.
“Semoga segala amalan kita diterimaNya. Jadikan Al- Quran naskah wajib yang kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan sikap tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ameng.
Sumber: Instagram Ameng Spring
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI