Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) telah pun melabuhkan tirainya pada Ahad.

Pada malam yang penuh gilang gemilang itu, lagu Pelukan Angkasa nyanyian band Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah dinobatkan selaku pemenang segali gus membawa pulang hadiah utama RM100,000 beserta trofi.

Pelbagai momen-momen menarik telah dirakamkan sepanjang majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur itu.

Selain persembahan memukau daripada barisan artis ternama tanah air, antara yang turut menarik perhatian netizen termasuklah penampilan terkini isteri kepada penyanyi berbakat besar, Yonnyboii iaitu Nik Nazira.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Nazira yang juga merupakan selebriti media sosial dilihat anggun mengenakan gaun berwarna coklat terang yang direka khas oleh pereka fesyen dari Glamedge Dress And Crown.

Ads

“You’re A Winner In My Eyes…,” – Romantik Berpimpin Tangan Di Red Carpet AJL36, Penampilan Cantik Isteri Yonnyboii Curi Perhatian

Pasangan sama cantik sama padan ini turut dilihat sempat memeriahkan acara karpet merah AJL36.

“You’re A Winner In My Eyes…,” – Romantik Berpimpin Tangan Di Red Carpet AJL36, Penampilan Cantik Isteri Yonnyboii Curi Perhatian

Malah, telatah romantis pasangan muda ini juga turut dikongsikan di aplikasi Tik Tok TV3.

Ads
@tv3malaysia 🥺🥺🥺 #AJL36 ♬ original sound – TV3Malaysia

Melihat di ruangan kapsyen, Nazira menitipkan kata-kata semangat Yonnyboii selain turut menyifatkan suaminya itu akan sentiasa menjadi juara pada matanya.

“All the best my love. You’re a winner in my eyes. Always have, always will be,” tulisnya.

Pada malam semalam, Yonnyboii membawakan lagu Salahku yang juga merupakan lagu ciptaan sepenuhnya dirinya sendiri.

Ads

“You’re A Winner In My Eyes…,” – Romantik Berpimpin Tangan Di Red Carpet AJL36, Penampilan Cantik Isteri Yonnyboii Curi Perhatian

“You’re A Winner In My Eyes…,” – Romantik Berpimpin Tangan Di Red Carpet AJL36, Penampilan Cantik Isteri Yonnyboii Curi PerhatianSekadar informasi, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin telah mendirikan rumah tangga bersama Nazira pada tanggal 20 November tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Nik Nazira & TV3, TikTok TV3

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI