Bersempena sambutan Hari Bapa, selebriti popular Fazura menitipkan ucapan istimewa buat suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Fattah Amin.
Kongsi Fazura menerusi entri di akaun Instagram miliknya, dia bersyukur memiliki Fattah sebagai suami serta bapa kepada anak perempuan mereka Nur Fatima Aisya.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin menyifatkan Fattah sebagai suami yang terbaik buat dirinya.
Di samping itu, aktres berusia 38 tahun ini menzahirkan rasa sayang dan cinta terhadap suaminya menerusi hantaran yang sama.
“Happy Father’s Day to the love of our lives. We love you and appreciate you everyday for all that you do for us daddy.
“Mommy and Fatima are so blessed for you. You’re the best @fattahaminz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fazura telah mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada tanggal 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berlinang Air Mata Kerjakan Umrah Kali Ini,” – Erra Fazira
Primadona, Erra Fazira meluahkan rasa syukur atas nikmatNya apabila sekali lagi diberi ruang dan kesempatan untuk sekali lagi menunaikan umrah.
Lebih memberi makna, umrah yang dilakukan turut disertai beberapa kenalan rapat bintang berkenaan.
Malah menerusi akaun Instagramnya juga, pelakon Hingga Hujung Nyawa ini ada memuat naik satu posting, sebagai kenangan ketika berada di tanah suci.
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
“Alhamdulillah.. syukur kehadratMu Ya Allahhh. Kau panjangkan usia kami, Kau murahkan rezeki kami .. Kau menjemput kami menjadi tetamuMu Ya Rob.. sungguh besar kurniaan yang Engkau berikan pada kami Ya Allahhh.. kami bersyukur.
“Bergelinang air mata mengerjakan umrah kali ini.. Sahabat2 yang ku sayangi.. Deqsha, Ery , Fawzi yg telah kuanggap seperti adikku sendiri.. Muti yang telah menjadi sebahagiaan dlm hidup ini juga kak intan yang kuanggap kakak sulung yg byk memberi perhatian dan ksih sayang buat ku.. semuanya bersatu hati dan terpanggil utk mengerjakan umrah bersama.
“Semuanya KERAN INGIN MENDEKATI DAN MENANAM KECINTAAN YANG DALAM PADA MU YA ROBBB.. YA RASULULLAH…. Tak mampu kami lalukan apa yg telah kami lakukan tanpa ada bimbingan dan sokongan yg padu dari ustaz Anaz yg lembut bicaranya.. tinggi santunnya dan tenang serta damai orangnya,” tulis Erra sambil disusuli dengan kredit.
Sementara itu di dalam sebuah lagi entri, Erra turut mendoakan agar semua berpeluang untuk ke tanah suci selain mendoakan yang terbaik atas situasi semasa yang menimpa.
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
“Ku doakan seisi keluarga, sahabat2 juga followers IGku menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.. kpd yg sedang terhalang pemergian ke tanah suci, sama2 kita bersoa agar keadaan kembali pulih.
“Pasti ada Rahmat disebalik larangan kerajaan Saudi buat masa ini. Bertabah dan terus berdoa ya.. Moga ada jalan dan dpermudahkan.. Aminnn,” titip Erra.
Erra sebelum ini pernah menunaikan haji dan ini temu bualnya bersama MH mengenai perkara itu;
Foto: Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Menafikan Tuduhan Yang Dibuat Lufya,” – Dr Che Hafiz Perjelas Situasi, Buat Laporan Polis Disertakan Bukti Kukuh
Susulan pelbagai tuduhan yang dianggap keterlaluan, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tampil membuat laporan polis terhadap isterinya, penyanyi dan pelakon Lufya.
Bapa kepada seorang cahaya mata ini turut menegaskan, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
“Saya menafikan semua tuduhan yang dibuatnya. Malah saya juga telah membuat laporan polis yang disertakan dengan butiran bukti kukuh pada minggu lalu.
“Kes tersebut masih dalam penyiasatan dan biarlah pihak berkuasa yang melakukan siasatan,” katanya.
Dr. Che Hafiz, 29, turut menjelaskan tuduhan yang dilakukan dilihat agak keterlaluan dan merasakan dirinya perlu membuat penjelasan demi menjaga nama baik pelbagai pihak.
“Ini kerana tuduhan yang dibuat olehnya begitu keterlaluan dan saya perlu menjaga nama baik saya dan keluarga yang tidak bersalah selain imej sebagai seorang doktor serta penjawat awam.
“Kita Tunggu sahaja keputusan pihak polis dan saya sebolehnya mahu ia diselesaikan cara baik, lebih rasional dan mengikut saluran yang betul.
“Jika perlu, saya akan bersedia untuk ke tengah dan saya turut berharap agar netizen mendoakan yang baik-baik ketika ini.
“Biarlah kami mampu untuk selesaikan perkara ini dengan cara yang betul,” katanya lagi.
Terdahulu, Dr Che Hafiz sebelum ini ada mendedahkan dia sudah menyatakan niat untuk berpisah terhadap isterinya itu menerusi aplikasi Whatsapp atas permintaan Lufya sendiri.
Bagaimanapun, ia dinafikan wanita berkenaan yang mendakwa dirinya tidak menerima sebarang mesej lafaz cerai dari suaminya itu.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki mencecah usia dua tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Orang Nak Kata Di Belakang Saya, Itu Terpulanglah,” – ‘Kaut’ Semua Kerja Seni? Sekali Shiha Zikir Bagi Respon!
Pelbagai cabang seni seperti nyanyian, lakonan, pengacaraan, penyampaian radio dan dunia komedi telah diterokai Shiha Zikir.
Lalu, perkara itu secara tidak langsung menyebabkan timbul suara-suara nakal yang mendakwa Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 35, bersikap yang tamak dalam ‘membolot’ semua kerja seni.
Tidak mudah melatah, Shiha berkata dia sekadar ingin mencuba sesuatu bidang yang baharu agar dapat mengembangkan lagi ‘resume’ dalam perjalanan seninya.
“Saya bukanlah tamak atau kaut apa sahaja tawaran yang datang. Tetapi lebih kepada ingin mencuba pelbagai bidang.
“Bagi saya, baik menyanyi, berlakon, mengacara atau jadi penyampai radio sekali pun, semua itu dalam cabang seni.
“Bagaimanapun, kalau saya rasa tidak yakin untuk menjayakan sesuatu tawaran itu, saya akan tolak,” katanya.
Tambah penyanyi lagu AEWO itu lagi, dia hanya berpegang kepada prinsip untuk melakukan apa sahaja kerja dengan sepenuh jiwa.
“Bagi saya apa yang penting, kalau kita nak buat sesuatu, lakukanlah dengan betul-betul. Itu prinsip yang saya pegang dari dulu sampai sekarang.
“Apa orang nak kata di belakang saya, itu terpulanglah. Kalau saya nak terasa atau nak ikut apa orang kata, akhirnya saya tidak akan ke mana-mana.
“Saya terbuka menerima apa sahaja komen untuk setiap hasil kerja saya, supaya saya dapat memperbaiki diri pada masa akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, drama terkininya, Ada Apa Dengan Saka kini sedang ditayangkan di TV9, jam 8.30 malam setiap Khamis.
Selain Shiha, naskhah berkenaan turut dibintangi Syazwan Zulkifli, Wanns Ahmad, Dynaz Mokhtar, Watie Elite dan Azri Iskandar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI