Penyanyi dan komposer, Yuna, 38, menyifatkan perjalanan seninya selama hampir dua dekad membuka mata bukan sahaja di dalam dunia muzik, tetapi juga terhadap perkembangan fesyen semasa.

Malah, peluang untuk mengembangkan karier seni di Amerika Syarikat turut memberi peluang kepadanya untuk meneroka pelbagai perkara baharu dan dia terbuka melihat evolusi fesyen selebriti khususnya.

“Dulu apa sahaja yang saya pakai ketika menghadiri majlis anugerah misalnya, pasti akan kena kritik. Malah kalau pakai ‘biasa-biasa’ pun kena. Namun saya faham sebab kebanyakan warganet ada sahaja yang mahu dikomen.

“Bagaimanapun sekarang, situasi tersebut lebih terbuka. Ada sesetengahnya yang mahu mencuba fesyen terbaru dan melihat apa kesannya.

“Ambil contoh seperti penyanyi Aina Abdul. Setiap kali dia muncul membuat persembahan kita sudah boleh jangka apa yang dia bakal tampilkan. Sesuatu yang baru dan ‘crazy’.

“Bagi saya, kita perlukan perkara sedemikian dalam industri. Sebelum ini siapa yang berani buat begitu, tiada siapa. Jadi pada saya, ia sesuatu yang bagus bila Aina buat begitu sekaligus buat peminat maklum itu dia punya identiti,” katanya.

Yuna Ulas Imej Aina Abdul – “Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya.”

Yuna Ulas Imej Aina Abdul – “Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya.”

Ads

“Bagi saya, Aina perlu teruskan sahaja dan jadi diri sendiri. Just have fun, itu sahaja. Kita seorang yang sukakan seni dan fesyen,” katanya lagi.

Yuna Ulas Imej Aina Abdul – “Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya.”

Ads

Yuna Ulas Imej Aina Abdul – “Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya.”Yuna Ulas Imej Aina Abdul – “Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya.”

Yuna berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi Kempen Yuna For Abu KLFW24 di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Yuna juga memilih untuk menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama pro-Israel dan percaya kepada rezeki dalam seni.

“Alhamdulillah, setakat ini, rezeki saya masih ada dan semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Saya dan suami percaya rezekiNya. Hanya mereka yang terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin sahaja akan lebih memahami.

Ads

“Saya sendiri setiap hari melihat video kekejaman yang berlaku di Palestin. Saya perlu bertegas kerana memiliki ramai peminat dan semestinya perlu menunjukkan teladan yang baik.

“Itu cara saya dan kalau ada selebriti lain yang masih ingin bekerjasama, itu terpulang kepada mereka. Setiap orang ada jalan hidup mereka sendiri.

“Malah sebelum ini, saya ada menolak bekerjasama dengan jenama yang saya rasakan tak selari dengan imej seperti syarikat rokok dan alkohol,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yuna berbangga menggayakan koleksi terkini pereka fesyen dan penata gaya terkenal tempatan, Abu Shaef Hamza sempena penganjuran Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW24) antara 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Yuna Ulas Imej Aina Abdul – “Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya.”Yuna Ulas Imej Aina Abdul – “Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI