Pelakon Zahirah MacWilson telah mendedahkan nama anak lelakinya yang diberi nama Isaac Raees bersama peminat
Dalam pada itu, Zahirah turut meluahkan rasa sayang terhadap anak lelakinya yang kini sudah genap mencecah usia 2 bulan.
Di samping itu, bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta ini berharap anak lelakinya itu membesar dengan baik dan sihat.
“Our baby is 2 months old today! We love you Isaac Raees
“May you grow up healthy, strong and always kind my lil dimples.
“So proud to call you ours!
@isaacraees @aimanhakimridza #zahIRAH
@_cliquephotography_,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan wajah bayi pasangan selebriti ini.
Zahirah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari 2020.
Selepas itu, Zahirah selamat bergelar ibu pada pada 5 Januari lalu.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Model, Usia 28 Tahun,” – Dalam Ryan Deedat Sedang Kenali Hati Budi Seseorang, Rezeki Ditawar Pula Jadi Duta Selepas 13 Tahun Dalam Seni
Penyanyi Ryan Deedat tidak menafikan dirinya kini sedang mengenali hati budi wanita yang juga seorang model berusia 28 tahun.
Bagaimanapun setakat ini, Ryan, 31, belum terfikir untuk memulakan perhubungan ke satu fasa yang lebih serius memandangkan masih banyak komitmen serta keutamaan lain yang perlu didahulukan.
“Saya kini sibuk mengatur semula kehidupan dan membina semula kerjaya selepas ‘senyap’ seketika selepas pemergian arwah ibu dan adik.
“Sejujurnya, saya sedang selesa berada dalam proses berkenalan. Masih awal untuk memikirkan soal perkahwinan kerana saya mahu kukuhkan dulu kewangan dan memberikan fokus terhadap kerjaya.
“Saya kumpulkan kekuatan selepas adik meninggal dunia pada Julai 2021 dan kemudian ibu pula pergi menghadap Illahi Mac tahun lalu.
“Tidak dinafikan, saya ketika itu hampir hilang kawalan diri tetapi kini saya cuba untuk bangkit semula sekaligus mahu merencana perjalanan kerjaya dengan lebih baik,” katanya.
Penyanyi lagu Salimah itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta jenama JV Craft & Gifts di Setia Alam, baru-baru ini.
Selain Ryan, majlis turut dihadiri Pengarah JV Craft & Gifts, Alvin Goh bersama Pengarah Urusan JV Craft & Gifts, Janice Mok.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai perlantikannya sebagai wajah wakilan bagi hab sehenti barangan perkahwinan JV Craft & Gifts, Ryan menganggap peluang yang hadir sebagai rezeki terpijak.
“Selepas sekian lama diam, tiba-tiba rezeki ini hadir. JV Craft & Gifts merupakan one stop centre yang menjual pelbagai keperluan untuk majlis perkahwinan seperti doorgift, bunga telur, dulang hantaran, bunga hiasan, pokok viral, aksesori rumah, reben dan lace.
“Saya sendiri tak sangka, peluang menjadi duta ini datang selepas saya mengacarakan sebuah ekspo perkahwinan tahun lalu. Mereka melihat kesungguhan dan komitmen yang diberikan.
“Insya-Allah, saya bakal melancarkan single raya dengan kerjasama JV Craft & Gifts berjudul Hantaran Raya tidak lama lagi, semuanya dalam perbincangan dan setakat ini progresnya sangat baik.
“Saya tidak pernah ditawarkan menjadi duta bagi jenama lain, ini merupakan anugerah pertama semenjak 13 tahun dalam dunia seni. Saya sangat bersyukur dan akan mengalas tugas sebagai duta dengan penuh disiplin dan bersemangat serta melaksanakan tugas sebaiknya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Lahir 1981, Terpaksa Pula ‘Ikut’ Muka Budak Tu,”- Wajah Sering Dikatakan Mirip Individu Sensasi, Alyah Minta Jaga Batas Gurau
Penyanyi terkenal, Datin Alyah akui sudah naik jelak apabila wajahnya sering kali dikatakan mirip dengan individu yang kerap mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, perkara tersebut kerap berlaku lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik video di akaun media sosial miliknya.
@alyah81official🤣🤣🤣 saya ALYAH tau
“Benarlah kata orang, manusia ini ada tujuh wajah yang dikatakan hampir sama atau kata lainnya pelanduk dua serupa.
“Namun, sekali dua boleh la cakap muka saya sama macam sesiapa pun tapi kalau setiap kali saya buat video nak kata sebegitu, susah la.
“Ya Allah Ya Tuhanku, saya ada mak, ayah dan suami. Saya ada muka saya sendiri. Kalau ikutkan, saya ni dah tua dah. Lahir pun tahun 1981. Terpaksa pula ikut muka budak tu. Padahal kita lahir dulu,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu menerusi sebuah hantaran video di aplikasi Tik Tok.
Jelas Alyah lagi, dia lebih selesa jika dirinya dikenali kerana namanya sendiri.
“Sebenarnya saya tak kesah pun. Nak cakap macam mana lagi. Ini kejadian yang Allah dah bagi.
“Tapi kalau dah selalu sangat sampai bila buat video je tapi tag orang lain, rasa macam saya ni tiada kehidupan pula? Saya pun nak orang kenal sebagai Alyah,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur menonton video tersebut selain turut memuji wajah Alyah yang dikatakan awet muda.
“Patutnya dia yang sama muka macam Datin. Tapi dah semua orang kata Datin macam muka dia, maknanya Datin awet muda.
“Stop la cakap muka Datin macam iras budak tu. Kesian weh. By the way, Datin lahir tahun 1981? Awet muda.
“Datin bercakap dengan menyanyi macam tiada beza.
“Jauh beza Datin dengan orang tu. Apa yang samanya?
“Datin tetap maintain cantik. Jangan risau. Lain dan tak sama,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video berkenaan telah pun meraih lebih 50,000 jumlah tontonan setakat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Datin Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kumpulan Rap Pertama Di Malaysia Tahun 1991,”- Hampir 3 Dekad, Datuk AC Mizal Throwback Foto 4U2C
Pelakon dan pelawak, Datuk AC Mizal ada mengimbau kembali foto kenangan bersama kumpulan 4U2C di akaun Instagram miliknya.
Menurut AC, kumpulan rap pertama di Malaysia itu memulakan karier seni nyanyian sekitar tahun 1991.
Di samping itu, AC ada menitipkan ucapan terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa memberi sokongan kepada karier seninya.
“hehehehhe first rap group in Malaysia in 1991…tq semua still support saya until today 2020!this is my group @official_4u2c cuba teka ituuuuu motor siapa?,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu dengan nyanyian kumpulan 4U2C di ruangan komen entri berkenaan.
Imbas kembali, kumpulan 4U2C dikenali ramai menerusi lagu berjudul Fiona sekitar tahun 1992 ketika di era kemunculan kumpulan ini.
Sekadar informasi, salah seorang ahli kumpulan ini, One II atau nama sebenar Nirwan Irwan telah meninggal dunia pada 22 Oktober lalu.
Foto: Instagram AC Mizal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI