Kembali semula ke set penggambaran, pelakon Zahirah Macwilson mengakui terlalu merindui anak lelakinya, Isaac Raees yang ditinggalkan sepanjang dia sedang bekerja.

Berkongsikan perkara itu di laman Instagram miliknya, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 27, berkata dia tidak sabar untuk pulang ke rumah setiap kali selesai melakukan tugasannya di luar.

Zahirah Macwilson Kembali Ke Set Selepas Hampir 3 Tahun; “Saya Suka Berlakon, Tapi Sejak…”

Zahirah Macwilson Kembali Ke Set Selepas Hampir 3 Tahun; “Saya Suka Berlakon, Tapi Sejak…”

“Saya suka berlakon, tapi sejak bergelar seorang ibu, ia sedikit sukar untuk saya melakukannya (kembali berlakon).

“Namun begitu, akhirnya selepas dua setengah tahun, saya kembali semula berlakon drama bersiri.

Ads

“Setiap hari saya berada di set, sangat rindukan my Isaac.

“Perkara yang paling saya tunggu-tunggu setiap hari ialah apabila dia datang berlari ke arah saya sambil menjerit ‘mummy’ setiap kali saya balik bekerja,” tulisnya.

Ads

Zahirah Macwilson Kembali Ke Set Selepas Hampir 3 Tahun; “Saya Suka Berlakon, Tapi Sejak…” Zahirah Macwilson Kembali Ke Set Selepas Hampir 3 Tahun; “Saya Suka Berlakon, Tapi Sejak…”

Dalam perkongsian itu juga, Zahirah turut memuat naik video dia sedang bergurau senda dengan Isaac yang kini semakin membesar.

Sekadar info, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aiman Hakim Ridza, 33, pada 20 Februari 2020.

Ads

Pasangan sama cantik, sama padan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia 18 bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Zahirah Macwilson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI