Zahirah MacWilson Kongsi Momen Kandid Suami Dengan Isaac Raees, Beri Ucapan Sweet! – “Terima Kasih Kerana Menjadi Bapa Yang ‘Amazing’.”

Share

Bersempena dengan sambutan hari bap/ yang diraikan pada Ahad, pelakon Zahirah MacWilson turut tidak melepaskan peluang dengan menitipkan dedikasi istimewa buat suami, pelakon Aiman Hakim Ridza.

Di samping berkongsi beberapa keping foto serta video kandid momen bersama anak mereka iaitu Isaac Raees, bintang berusia 27 tahun ini turut menyifatkan Aiman sebagai bapa penyayang.

Selain itu, Aiman turut disifatkan sebagai seorang yang berkerja keras, sentiasa memberi sokongan dan periang.

“Happy father’s day Daddy This is your first father’s day! Isaac is so blessed to have such a loving, caring, hardworking, supportive & fun dad.

“Someone he can always rely on and look up to. Thank you for being an amazing father, love you lots & lots Daddy.@aimanhakimridza @isaacraees,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Untuk rekod, Zahirah mendirikan rumah tangga bersama Aiman pada tanggal 20 Februari 2020.

Zahirah telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Isaac Raees pada 8 Januari lalu.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

 

Published by
Nazar Rafiqhi