Disebalik impak yang berjaya dicipta menerusi watak Dr. Omar di dalam drama Aku Bukan Ustazah, ada mesej yang ingin disampaikan pelakon Zahiril Adzim.
Menurut Zahiril, dia mahu membuang stigma masyarakat yang malu atau takut untuk bersuara sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Watak saya berjaya mencetuskan impak mungkin disebabkan isu keganasan rumah tangga yang diketengahkan. Kita pun jarang ada drama seperti ini.
“Isu ini juga yang saya ingin tekankan dan beri kesedaran kepada semua pihak.
“Sesiapa sahaja yang berdepan masalah keganasan rumah tangga, jangan teragak-agak untuk laporkan kepada pihak berwajib dan carilah bantuan.
“Orang seperti watak Omar ini memang susah dibendung. Malah, ia seakan sudah menjadi budaya orang kita yang malu untuk membicarakan hal ini. Saya nak buang stigma itu,” katanya kepada MH.
Ads
Pelakon filem Bunohan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-40 TV3, baru-baru ini.
Pada masa sama, Zahiril mendedahkan dirinya tidak berasa hati dengan kecaman netizen terhadap wataknya itu dan memandang perkara tersebut dari sudut positif.
“Inbox saya penuh dan tak larat nak baca. Saya tiada masalah bila orang kecam kerana kita tahu drama ini mendapat sambutan.
Ads
“Namun, bila sampai tahap memaki, saya rasa itu tidak perlu. Seperti kita semua tahu, segala yang berlaku, hanyalah lakonan semata-mata. Kita nak bagi pengajaran kepada penonton.
“Alhamdullilah, setakat ini tiada komen yang melampau. Saya okay sahaja asalkan jangan ganggu keluarga saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Zahiril juga akui tidak berdepan sebarang masalah untuk begandingan dengan pelakon baharu, Erysha Emyra di dalam drama yang kini memcetuskan fenomena itu.
Ads
“Erysha seorang yang sangat bagus dan terbuka untuk belajar.
“Kami selalu berbincang dan dia selalu bertanya bagaimana nak jadikan babak itu lebih nyata. Dia juga banyak memberika imput untuk mewarnakan lagi drama ini,” akhirinya.
Terdahulu, TV3 telah pun mengadakan sambutan istimewa bersempena ulang tahun penubuhan yang ke-40.
Membawakan tema ‘Inspirasi Genarsi’, sambutan ulang tahun kali ini, selaras dengan ikoniknya TV3 yang sentiasa memberikan inspirasi sebagai pencetus, pengubah ‘trend’ atau aliran, dan perintis dalam dunia televisyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Bob Yusof memberikan pendapatnya apabila Pos Malaysia Berhad memgumumkan perkhidmatan Bungkusan Dosmetik Udara/Darat untuk ke destinasi Sabah dan Sarawak bakal digantikan dengan perkhidmatan Bungkusan Dosmetik Laut.
Menerusi hantaran yang dikongsikan Bob, perubahan tersebut berkuatkuasa mulai 16 Ogos lalu.
Lalu penyanyi kelahiran Limbang, Sarawak i i antara lain berasa bimbang andai proses penghantaran barang akan mengambil tempoh masa lebih lama berbanding sebelumnya.
“Mula² ingatkan fake news rupanya betul sbb tgk kat website @pos4you. Semakin lamalah perjalanan penghantaran barang kami, mcm manalah kalau nak hantar brg yg berbentuk makanan?
“Apatah lagi nak hantar barang ke kawasan sy di Limbang Sarawak, skrg pun kdg² keluarga sy disana terpaksa menunggu barang yg sy kirim dlm seminggu dua utk smp ke tangan mereka, jd skrg kalau menggunakan laut berapa lama pulak masa yg di ambil utk barang sampai ke tangan mereka?
“Bukan menidakkan perkhidmatan yg diberikan ini, tp kena faham situasi yg bakal dihadapi, juga memikirkan dari segi logistik yg berkemungkinan besar mmg akan membebankan pengguna,” tulisnya.
Gambar
Gambar
Dalam pada itu, Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop turut berkongsi pengalamannya sebelum ini.
Menurut penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini, dia pernah terlewat menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian tinggi, sebelum ini.
“Kalau dulu tahun 1999 pernah terjadi peristiwa yg tak akan sy lupakan, apabila sy lambat menerima surat tawaran smbg belajar, lambat menerima surat² rasmi yg lain, disebabkan masalah pos, jd adakah perkara ini akan berulang?
“Maaf sy hanya sekadar meluahkan pendapat kerana st kenal sgt dgn perjalanan atau laluan ke kawasan sy yg di apit kanan dan kiri oleh Negara Brunei. Malah sy percaya juga berkemungkinan besar kwsn² pedalaman lain pun akan menghadapi masalah yg sama.
“Boleh ke @pos4you memberikan pencerahan berapa lama perjalanan Laut ini utk smp ke destinasi yg dituju… terima kasih,” tulisnya lagi.
Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat baru-baru ini mengenang kisah lamanya, berkongsi cerita apabila dia mendakwa pernah mengambil pil hormon bagi untuk membesarkan bahagian dada.
Menerusi sebuah video perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sajat bercerita pengalaman sebagaimana yang didakwa, termasuk dipukul ibunya sejurus ‘kantoi’ dia mengambil pil berkenaan.
Sajat yang pernah muncul menerusi lagu Makhluk Penggoda itu berkata demikian ketika melakukan sesi siaran langsung, lalu dikongsikan kembali pengguna Tik Tok lainnya.
“Mak I kemas-kemas, terjatuh pil hormon I. Mak I tengok… ‘ni ubat apa ni Jat?’ Mak saya kan pembantu makmal, of course dia lebih pandai (tahu) kan?
“Ni ubat apa ni? Mana ada Mak, ni Panadol. Kau jangan nak membohong aku, kau ingat aku tak tahu ni pil apa. Ini yang kau makan kan? Tet*k kau besar kan?,” katanya.
Atas insiden yang berlaku, Sajat mendakwa dia telah dipukul ibunya dan pil berkenaan lantas di buang ke dalam ton sampah.
“Tak boleh nak cakap apa. Apa lagi? Mak aku ‘zap zap zap’ ‘hanger’ (penyangkut baju) dua tangan. Kau ni dah melampau. Kecil-kecil tak nak kena pijak.
“Habis mak (Sajat) kena pukul. Habis… dah macam cerita (filem) Embun dah. Ingat lagi kena ‘zap zap’. Dengan rotan, dengan hanger.
“Hanger dulu tak macam hanger sekarang. Dulu tebal. Dipukulnya belakang habis berbirat. Lepas tu, mak Sajat pergi buang pil tu dekat tong sampah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada selebriti popular, Noor Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan dirinya ada menerima satu kiriman email daripada seorang ibu hamil yang mengidam untuk merasa masakan menu popularnya, Nasi Goreng Daging Harimau Menangis.
Enggan menghampakan permintaan ibu hamil yang dikenali sebagai Aina itu, Noor Kartini kemudiannya memutuskan untuk menyediakan menu tersebut lalu dihantar sendiri terus ke rumah wanita berkenaan.
“Harini aunty sangat tersentuh hati mendapat kiriman email daripada follower aunty yang mengidam nak makan nasi goreng daging harimau menangis air tangan aunty.
“Tak sampai hati rasanya nak menghampakan hasrat seorang ibu yang sedang mengandung. Syukur alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh oleh Noor Kartini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya berasa amat gembira kerana dapat menunaikan permintaan ibu hamil tersebut.
Malah, Noor Kartini juga turut berharap agar usaha ini dapat menjadi pemulaan yang baik buat perhubungannya mereka.
“Semoga ianya dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina. Syukur Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan tersebut selain turut mendoakan agar Noor Kartini akan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Kasihnya seorang ibu. SubhanAllah.
“Semoga dimurahkan lagi rezeki buat aunty sekeluarga.
“Alhamdulillah, itulah kelebihan naluri seorang ibu. Di tahu kalau ibu mengandung pasti ada sahaja yang teringin makan itu dan ini. Terbaiklah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video berdurasi hampir empat minit itu telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Sumber: Instagram Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!