Aktor Zahiril Adzim tidak akan menghalang jika anaknya Nadi Anaqi yang kini berusia sembilan tahun mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan.
Zahiril,38, berkata, dia dan isterinya, pelakon dan hos Shera Aiyob sentiasa menyokong apa saja yang menjadi minat anak tunggal kesayangan itu.
“Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa sokong apa yang Anaqi minat.
“Apa yang penting, saya akan memberi tunjuk ajar padanya untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang yang diminatinya itu,” katanya.
Bagaiamnapun, Zahiril atau nama sebenar, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar menambah setakat ini, dia tidak nampak anak lelakinya itu cenderung ke arah bidang seni.
“Pada pemerhatian saya, Anaqi kurang meminati bidang seni kerana tidak suka berada depan kamera.
“Anaqi lebih pada bidang pelajaran dan sangat meminati subjek Matematik dan seni kraf,” katanya.
Mengenai Shera, kata Zahiril, isterinya masih terbabit dalam bidang lakonan.
“Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya.
“Terus terang, saya selesa isteri menguruskan kerjaya seni sejak dulu kerana senang kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah,” katanya yang sibuk mempromosikan filem terbaru, Siku 12: Langkah Derhaka.
Ads
Mengulas filem Siku 12 terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Zahiril akui, dia terima tawaran berlakon kerana tertarik dengan naskhah itu.
Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Zahiril bergandingan dengan Syafiq Kyle selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Pelakon yang mengukir nama menerusi filem Bunohan dan Pekak itu berkata, dia ditawarkan pengarah untuk berlakon dalam filem Siku 12 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Watak sebagai pemuda keturunan Siam, A Wut dalam filem Siku 12 sesuai dengannya kerana pernah menonton lakonan dalam filem Bunohan.
“Saya sendiri berminat dengan jalan cerita yang mengangkat seni mempertahankan seni silat Siku 12. Pada masa sama, saya melihat senarai barisan pelakon juga bagus dan berbakat besar,” katanya.
Ditanya pengalaman bekerja dengan Azhari, kata Zahiril, dia sudah tahu cara pengarah itu bekerja kerana pernah bekerjasama dengannya.
“Kami pernah bekerjasama dalam filem Dukun Santet. Selaku pengarah, Azhari menerima cadangan pelakon bagaimana mahu menjiwai karakter.
“Azhari juga akan memberi penerangan kepada pelakon memahami dari segi karakter dan koreografi sebelum penggambaran bermula.
“Walaupun suara Azhari kuat ketika memberi arahan kepada pelakon, tetapi saya tidak pernah tertekan sepanjang penggambaran filem ini,” katanya.
Ads
Berkongsi cabaran, kata Zahiril, dia perlu banyak berlatih menjiwai babak pertarungan kerana tiada asas dalam seni mempertahankan diri Muay Thai mahupun seni persilatan Melayu.
“Mujur saya ada pengalaman belajar Muay Thai ketika berlakon dalam filem Bunohan. Sedikit sebanyak membantu saya di lokasi penggambaran filem Siku 12.
“Pada masa sama, saya menjalani latihan bersama ahli Kelab Pon Muay Thai, Kedah untuk menguasai babak bertinju dan pertarungan sebelum memulakan penggambaran.
“Setiap kali berlakon dalam filem aksi, saya tidak boleh mengelak mengalami lebam di tangan dan calar di kaki atau sakit badan.
“Begitu juga dalam filem Siku 12. Ia perkara biasa apabila berlakon dalam filem aksi kerana perlu nampak seperti peninju sebenar beraksi di gelanggang.
“Antara cabaran lain dihadapi ialah saya perlu menguasai dialek Siam untuk menjiwai karakter A Wut. Mujur saya dibantu ahli kelab Pon Muay Thai yang berdarah kacukan Melayu-Siam ketika di lokasi penggambaran,” katanya.
Filem Siku 12 akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
https://youtu.be/hHkjm6meoKg
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Aina Abdul selaku juri undangan konsert Big Stage 2022 minggu kedua yang Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi berpendapat peserta pertama yang tersingkir, Iqbal Zulkefli sebagai bijak dalam mencari peluang.
Aina berkata, dia juga menghormati keputusan usahawan itu untuk sama-sama bersaing di Big Stage musim terbaru selain menyifatkan dia sebagai seorang yang berani.
“Bagi saya dia bijaklah. Bagaimanapun saya tidak pasti mengenai mengapa dan bagaimana dia boleh menyertai program ini. Bukan mahu mengatakan persembahannya ‘teruk’, akan tetapi kalau nak dibandingkan dengan peserta lain, kebolehan dia itu mungkin sedikit ke bawah.
“Apa sahaja Iqbal punya objektif, dia bijak. Dia juga tahu menggunakan peluang yang dia ada. Untuk saya, thats is really brilliant.
“Saya ‘salute’ pada Iqbal sebab dia berani. Saya tak akan seberani itu. Contohnya macam sertai Maharaja Lawak, saya tak akan buat sebab saya sedar diri ini tidak lawak.
“Jadi kepada Iqbal, tak kisahlah komen apa-apa yang awak terima hari ini, saya tahu awak mesti sudah kuat, ‘lali’ dengan semua komen,” katanya.
Turut terlibat dalam seni secara serius selepas menyertai sebuah program realiti, penyanyi lagu Sepi ini tidak menafikan, para peserta miliki semangat yang kuat khasnya ketika berdepan komen para juri.
“Saya jadi ‘anxiety’. Kalau saya yang berada di situ, rasanya saya tidak kuat seperti mereka yang masih lagi boleh senyum.
“Untuk sayalah, bila terdengar komen-komen ‘pedas’, saya pandang tempat lain. Tak sanggup nak tengok sebab saya boleh rasa apa yang mereka rasa,” katanya lagi.
Terdahulu, bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap bersama komposer, Ajai manakala juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida minggu ini.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Disaat para ibu bapa sibuk menghantar dan mempersiapkan anak-anak untuk ke sekolah pada hari pertama di tahun baru, pengasas kosmetik, Sajat pula terpaksa melupai momen tersebut kerana sedang mengikuti kelas dandanan di Labenon selama dua minggu.
Malah seperti yang dikongsikan menerusi Instagram, penyanyi Bobo Di Mana itu memberitahu kedua-dua anak angkatnya iaitu, Syahmi dan Syaza merupakan harta paling berharga bagi dirinya.
“Inilah harta paling istimewa dan paling berharga buat ummi..anak anak ku,belajar lah pandai pandai yer syg,ummi akan jaga anak anak ummi sampai besar dan ummi tak pernah meminta di kenang jasa ummi membesar anak anak yang ummi cintai.
“Apa2 pun,kalau syaza syahmi dah berjaya nanti.. ummi harap..syaza syahmi dapat bantu insan2 lain tau..ingat pesan ummi,” tulisnya.
Pada masa sama, Sajat turut meminta agar kedua anaknya itu supaya menghormati orang lain apabila besar nanti.
“Hormati dengan sesiapa pun,jangan kita menghina orang,jangan kita aibkan orang,jaga tingkah laku,hormati dengan sesiapa pun syg…tak kira lah muda atau pun tua..ummi rasa bahagia sangat syg.
“Bahagia sebab ummi akan buat sebaik mungkin untuk anak anak ummi.. tiada secubit kuman pun ummi minta balasan.. cukup lah sekadar ummi dapat berkongsi kasih sayang pinjaman dari Allah S.W.T pada ummi.
“Maafkan ummi sebab tak dapat hantar anak anak ummi hari pertama ke sekolah..ummi jauh sygku..ummi kat sini ambil kos belajar rambut sayang?..kejap jer,dalam 2 minggu ummi balik yer sygku.. ingat tau.. jadi insan berguna yer syg..i love you…,”katanya lagi.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah empat tahun di dalam industri hiburan, pelakon Danial Dashuki telah membuktikan bahawa usaha kerasnya dalam industri seni selama ini membuahkan hasil setelah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Teater Tradisional) di Anugerah Teater Malaysia 2023, Oktober lalu.
Menerusi acara yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) itu, aktor berusia 29 tahun itu terharu atas kejayaan yang diraih dan bersyukur apabila bakat dan usahanya dalam industri seni tanah air dikenali dan diperakui oleh barisan juri professional.
“Saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Mereka yang tercalon dalam kategori yang sama adalah merupakan pelakon-pelakon yang hebat dan menjadi rujukan saya.
“Saya amat bersyukur di atas penganugerahan ini. Walaupun berbangga dengan kejayaan ini, saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha memperbaiki mutu lakonan dan terus memberikan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan”, katanya.
Danial Dashuki memulakan kerjayanya sebagai model bagi pelbagai jenama ternama di Malaysia.
Perjalanan kerjaya Danial kemudian beralih ke bidang lakonan dan seterusnya mengembangkan bakat beliau dalam seni pementasan teater.
Watak Tun Mamat yang disandang oleh Danial di dalam ‘Teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang’ ini memberikan impak yang besar kepada penonton yang hadir dengan karakter dan gaya penyampaiannya yang tersendiri.
Turut tercalon dalam kategori Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Kategori Teater Tradisional ialah Dato’ Jalaluddin Hassan, Mohd Hady Tahir, Hafizie Zulkifeli dan Murshid Md Hussain.
Malam Anugerah Teater Malaysia merupakan program penganugerahan dan penghargaan kepada karyawan seni dan petugas teater dari pelbagai genre teater seperti monolog, monodrama, teater moden, teater muzikal dan teater tradisional.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!