Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya dan hanya memuat naik sebuah video buat tatapan umum.
Menerusi video pendek yang dikongsi itu, Zahnita dilihat mengenakan ‘hoodie’ dan berkaca mata sambil kelihatan sebak lalu memberikan simbol ‘mini love’.
Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini turut menyerahkan urusan perniagaan pai diusahakan kepada dua kenalannya buat masa ini.
View this post on Instagram
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 17,000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Terdahulu, pendedahan wanita berusia 39 tahun ini yang mendakwa telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga mendapat perhatian ramai.
Zahnita beberapa hari lalu menerusi Instagram mendedahkan penderitaan dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik foto keadaan matanya yang lebam.
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Apa pun, mendoakan yang baik-baik atas ujian yang sedang dihadapi bekas model dan pelakon filem Kuliah Cinta, Zahnita Wilson. 🤍 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI