Terbaru pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta telah berkongsi bersama pengikutnya di Instagram mengenai pengalaman dia berhijab.
“Mungkin kita tak tahu apa nawaitu dia orang nak pakai tudung tu, mungkin nak berfesyen dan juga nak tutup aurat ataupun nak tutup aurat dalam masa yang sama still berfesyen.”
“Sebenarnya setengah orang bila dia komen sebab dia tak pakai tudung ke ataupun dia kata oh buat apa i buat tak ikhlas ataupun belum dapat seru, sama ada you ikhlas atau tak ikhlas, tutup aurat tetap wajib!,”katanya.
Menurut Che Ta, dia memakai hijab bukan secara paksaan daripada suaminya, Zain Saidin malah Che Ta membuat keputusan untuk berhijab atas kerelaan hatinya sendiri.
“Tapi dengan I sendiri dia tak pernah suruh pun, cakap sayang you pakailah tudung…cuma balik daripada umrah, I nak keluar pergi makan, dia cakap eh sayang you pakai tudung ke? I cakap aah,”
“Dan mungkin kadang-kadang bila kita bertudung, kita buka tudung mungkin itu dugaan untuk kita,”kongsi Che Ta.
Lantas, perkongsian pelakon yang berasal dari Alor Star, Kedah itu telah mendapat pujian daripada netizen.
Video : Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saudara Sudah Melampau…,” – Didakwa Persenda Tugas Mungkar & Nakir, PU Syed Tegur Azwan Ali?
Penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed, menyifatkan tindakan pengacara, Azwan Ali yang didakwa mempersenda tugas malaikat Mungkar dan Nakir baru-baru ini sebagai keterlaluan.
PU Syed atau nama sebanarnya Syed Mohd Bakri Yahya antara lain menyebut, soal tersebut tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka dan sebagainya.
“Buat Azwan Ali @divaazwanaliofficial, saudara sudah melampau dan terlalu melampau, tak kiralah ianya adalah jawapan dalam bentuk gurauan ataupun tidak, yang pasti ianya adalah benar-benar sesat dan memalukan agama.
“Soal Mungkar dan Nakir pun saudara boleh buat main, cukuplah netizen dok hadap caci maki saudara setiap kali berdepan dengan kamera,” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan juara program Pencetus Ummah musim ke-3 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, PU Syed turut berharap agar situasi seperti itu dapat membuka mata semua pihak agar lebih peka apabila bergurau, lebih-lebih lagi bila melibatkan soal agama.
“Mestikah dikaitkan dengan mak bapak orang? Salahkah soalan tu bila diajukan kepada saudara?
“Persoalan Malaikat ni bukan persoalan yang kecil bahkan Malaikat bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.
“Buat DJ yang sakan gelak tu..sedarlah benda mcm ni bukan boleh dibuat bahan untuk melawak!,” jelasnya lagi.
Menerusi entri yang sama, PU Syed turut dilihat berkongsi beberapa hadis yang menggambarkan mengenai sikap Mungkar dan Nakir.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan dan berharap agar insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
Setakat ini, entry berkenaan telah pun meraih hampir 20,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Sumber: Instagram PU Syed
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Akan Bercuti Dan Karaoke Untuk…,” – Lagu Duet Dengan Stacy Menjadi, Akim Ahmad Akui Gandingan Sama Isteri Saling Melengkapi
Meski berbeza aliran dan fahaman muzik, siapa sangka pasangan selebriti, Stacy dan Akim berjaya mencuri perhatian pencinta muzik lokal apabila lagu duet mereka, Aku Kau Dan Muzik yang dilancarkan pada 14 Februari lalu mendapat reaksi positif ramai.
Malah, lagu ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik yang juga Akim dan Stacy dan Freddy itu lain dari lain kerana ia menceritakan kisah mereka yang berjuang dalam aliran sama dan kemudian mendirikan rumah tangga atas nama cinta.
Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam berkata, lagu itu dianggap istimewa kerana dihasilkan dari dalam hati selain prosesnya yang teliti.
“Lagu ini sudah lama disiapkan iaitu sejak Ogos tahun lalu. Tapi, disebabkan kami terbabit dalam program Mentor 2019, jadi projek ini tertangguh. Awal tahun ini baru kami ada kelapangan untuk memulakan proses rakaman.
“Melodi siap dulu dan baru saya tulis lirik. Selepas itu, baru dapat tajuk dan kami sepakat pilih tajuk ini. Tidak dijangka pula, melodi dan lirik kena dengan kami yang mana bertemu dalam bidang ini.
“Lagu ini dihasilkan ikhlas dari dalam diri kami yang mana ekspresi kami sebagai suami isteri. Disebabkan itu, kami cukup teliti dari semua sudut termasuk rentak, melodi dan muzik,” ujar bintang berusia 30 tahun itu.
Lebih menarik, lagu itu juga adalah terbitan sulung dan sepenuhnya syarikat mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R Entertainment).
Sementara itu, Akim pula mengakui, dia dan isteri tidak menjangka penghasilan lagu itu lebih mendalam sekali gus memberikan warna baru dalam muzik mereka.
“Apabila lagu ini siap sepenuhnya, saya menganggap ia magis. Memang tidak menjangka sama sekali hasilnya boleh pergi sedalam ini.
“Mungkin ini berkat kerjasama kami dan Freddy yang bersama-sama ‘monitor’ proses penghasilan lagu ini dari awal sampai habis. Apa yang diinginkan dalam lagu dapat dipersembahkan.
“Sejujurnya, gabungan saya dan Stacy dalam bidang bidang penulisan lagu ini adalah saling melengkapi. Saya akan bertanya dan meminta pandangan daripadanya. Apa yang dirasakan kurang dia akan tambah,” katanya.
Disebabkan itu, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret tidak menafikan dia kian selesa bekerjasama dengan isterinya sebagai pasangan komposer.
“Sejujurnya, kami selesa bekerjasama. Apatah lagi, sekarang kami banyak luangkan masa bersama. Proses nak buat lagu bukan mudah. Perlukan masa untuk mendapatkan idea.
“Jadi, ada ketika kami akan bercuti dan berkaraoke bersama untuk mencari inspirasi. Apabila masing-masing dapat idea, kami akan gabungkan,” katanya lagi.
Selain sibuk dengan projek lagu sendiri, Stacy dan Akim juga dalam proses menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi di bawah syarikat mereka.
Antaranya, Rika Mentor 2019, Sharul Kamal, Seven Days dan Dr Hafiz Zainal.
Single Aku Kau Dan Muzik itu sudah boleh didengar dan dilanggan di semua platform digital muzik dan lirik videonya juga boleh ditonton di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memilih Untuk Tidak Naik Atas Alasan Menguruskan Jenazah Ibu,” – Ibu Pergi Ketika Konvo, Zul Huzaimy Tabik Pengorbanan Si Anak
Tular di laman sosial seorang graduan Universiti Malaysia Terengganu, Muhammad Fahim Shamsudin yang memilih untuk berada di majlis pengebumian ibu walaupun telah berada di Terengganu untuk menghadiri konvokesyen ijazah.
Jelas Zul Huzaimy dia memahami kepedihan yang dirasai remaja ini dan menyifatkan inilah tindakan hero sebenar.
Pelakon ini turut berkongsi kisah tersebut di laman sosial miliknya.
“Awak betul2 HERO brader. Saya dapat rasa apa yang awak rasa.
“Saya pun pernah tak ada rezeki untuk naik pentas konvo tapi awak memilih untuk tidak naik atas alasan menguruskan jenazah ibu. SALUTE, RESPECT, Posted @withrepost.
“@sinar_my Segulung Ijazah, Sekujur Jasad Ibu… Bagaimana mahu mengambil keputusan – antara hadir konvokesyen ijazah pertama atau hadir sebuah majlis pengkebumian.
“Itulah yang di alami graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Muhammad Fahim Shamsudin yang sewajarnya bergraduat dalam sesi Konvokesyen UMT hari ini terpaksa memilih untuk berada di atas pentas menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) atau menyempurnakan majlis pengkebumian ibunya yang meninggal dunia 12.20 malam tadi akibat kompilasi darah tinggi dan kencing manis.
“Lebih menyedihkan kerana arwah sudah berada di Terengganu dan sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Fahim sempat menyarungkan jubah konvo kepada ayahnya dan hanya sempat menunjukan kepada ibunya.
“Antara pilihan hadir majlis konvokesyen yang mungkin sekali seumur hidupnya, Fahim lebih yakin memilih untuk menyempurnakan majlis pengkebumian ‘cinta hatinya’ yang juga sekali seumur hidup,” kongsinya.
Lebih memilukan, keadaan ayah remaja lelaki ini turut uzur dan sekeping foto dia mengendong ayah jelas menunjukkan tanggungjawab yang berada di bahu.
“Pada tika melihat dia mengendong ayahnya yang uzur, fahamlah saya bahawa anak muda ini bukan calang-calang anak. Nampak segala tanggungjawab akan terbeban di bahunya. Berat namun dia mampu. Dengan keyakinan dia memilih ‘cinta hatinya’ melebihi segulung ijazah – dia akan berjaya dengan segala restu.
“Walaupun UMT menawarkan untuk beliau boleh memilih untuk naik di pentas paling awal atau paling akhir bagi memudahkan urusan pengkebumian, Fahim menolak dengan ketegasan seorang anak lelaki yang baik. Menyempurnakan pengkebumian dan bersama seisi keluarga jauh lebih utama.
“Kita perlukan lebih ramai Fahim.
“Selamat berangkat Puan Rahayu Abu ke negeri abadi. Tenanglah Puan di sana. Puan telah tinggalkan seorang Fahim yang hebat. Fahim pasti akan hidup dengan kuat.
“Terima kasih Fahim kerana mengajar sesuatu.
UMT Sohor!
Kredit Syirfan Indra,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m) on
Kisah ini turut menyentuh hati nerizen dan rata-rata mendoakan kejayaan dunia akhirat buat anak muda ini.
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
Foto : Instagram Zul Huzaimy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI