Categories: Berita

“Zain Lelaki Yang Baik, Seimbang Dunia Akhirat,” – Ameng Restu, A Aida Menangis Gembira

Share

Tahniah diucapkan kepada anak penerbit Datuk A. Aida dan bekas suami, Ameng iaitu Wan Az Aleesa Wan Aminuddin yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Zain Azrai Abdul Aziz di pusat perangingan, D’Manggis Janda Baik, Pahang, petang tadi.

Sama cantik sama padan mengenakan persalinan polos putih, pertunangan pasangan yang sebaya 27 tahun itu nyata membuatkan A Aida dan Ameng syukur sebak susulan bakal menerima menantu sulung tidak lama lagi.

Ameng, 55, atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail berkata, dia merestui pilihan anak gadisnya itu memandangkan Zain yang juga seorang juruterbang seimbang dunia dan akhirat.

“Saya tahu mereka dah berkawan lama. Sekejap putus, sekejap kembali bersama. Zain sememangnya seorang lelaki yang baik. Seimbang dunia akhirat.

“Seimbang dunia akhirat sebab benda pertama yang saya soal atau tanya dia adalah sama ada dia mampu baca surah al-Fatihah dengan sempurna.

“Alhamdulilllah, dari segi agama memang dia tidak mempunyai masalah langsung. Saya memang ‘berkenan’ dan tahu dia mampu menjaga anak saya dengan baik,” katanya kepada MH.

Ameng menambah, dia tidak menyangka Aleesa akhirnya bakal bergelar isteri sebelum mencecah usia 30 tahun.

“Saya tak sangka dia ingin berkahwin secepat ini. Sebab dia jenis terlalu obses belajar.

“Saya ingatkan dia tidak mahu berkahwin disebabkan pengalaman yang terjadi antara saya dengan ibunya sebelum ini,” katanya lagi.

@mediahiburanofficial Suasana sebelum majlis pertunangan anak sulung produser terkenal, Datuk A Aida iaitu Az Aleesa bersama Zain Azrai yang dilangsungkan di D’Manggis, Janda Baik, Pahang. Tahniah! #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ Wedding piano songs – Cookey

Dalam pada itu, A Aida, 53, tidak menahan sebak kerana anaknya kini menuju fasa seterusnya dalam kehidupan.

“Kita sudah jaga dia dari kecil. Tiba-tiba, dia akan dilepaskan menjadi milik orang.

“Selama ini, dia pergi mana kita akan ambil tahu. Sekarang (tidak lama lagi), dia akan jadi milik orang sepenuhnya.

“Nanti, dia sudah tidak tinggal dengan saya (akan ikut suami). Kalau diikutkan memang saya tak nak lepaskan, tapi ini semua adalah fasa kehidupan yang saya perlu hadapi. Untuk kebaikan dia juga,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH