Penyanyi dan pelakon, Zain Hamid memaklumkan ibunya Maznah Mohal telah menghembuskan nafasnya yang terakhir genap seminggu yang lalu.
Lantaran itu, Zain atau nama sebenarnya Muhammad Kamaruzaman Zain Abdul Hamid merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang turut berduka diatas pemergian ibunya itu.
“Assalamualaikum. Saya mewakili adik beradik saya dan keluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang mengucapkan takziah dan berdoa untuk Arwah ibu saya Masnah Binti Mohal yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21 july 2022 yang lalu,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan Ruffege itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Zain turut memanjatkan doa semoga ibunya itu ditempatkan bersama orang-orang beriman.
“Semoga kalian semua dirahmati ALLAH. Maafkan saya jika tak dapat nak membalas mesej-mesej kalian sebelum ni.
“Semoga ALLAH mengampuni ibu saya dan diletakkan bersama para solihin dan solehah. Ameen,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Zain dan seluruh ahli keluarganya.
“Salam takziah buat Zain Hamid dan keluarga. Al-Fatihah.
“Semoga almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Semoga syurga tempat ibunda mu. Salam takziah.
“Semoga dikurniakan husnol khotimah. Ameen.
“Semoga Zain sekeluarga terus tabah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram stories, Zain turut berkongsi momen terakhir bersama arwah ibunya sebelum dikebumikan.
“Zain sayang dan rindu mama. Syurgaku,” luahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Zain Hamid