Anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli ada berkongsi pesanan mengenai alam perkahwinan.
Kongsi pemilik nama penuh Ahya Ulumuddin Rosli ini, perkara paling penting perlu dilakukan setiap individu Muslim adalah bersedekah.
Malah, setiap individu perlu berdoa dan tawakal (berserah) kepada Yang Maha Esa selepas berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan.
“Kerja kuat 10 tahun kumpul duit , kahwin, beli rumah, beli kereta power, superbike 1, pastu travel la cari benda baru. Paling penting zakat dan sedekah jangan pernah lupa. Doa lebih sikit mesti dapat,” tulisnya.
Pelakon, Fasha Sandha menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu mertua, Rokkiah Md Noor yang sangat baik terhadap dirinya sekeluarga.
Malah, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui kini berasa sangat gembira dan bahagia kerana memiliki jalinan yang akrab bersama ibu mertuanya.
Dedikasi tersebut dikongsikan bintang berusia 35 tahun itu bersempena dengan hari jadi wanita berkenaan yang ke-60.
“Life has given me plenty of reasons to be happy, and you are one of them. I couldn’t wish for a better mother in Law.
“Happy 60th Birthday to the best MIL in the world! I love you Ibu.
“Semoga diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat. @itsaidilaziz @ishak_abdulaziz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedangkan lidah lagi tergigit, nampaknya hubungan persahabatan antara Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff mulai berantakan lagi apabila selebriti sensasi ini memuat naik kata-kata meluahkan kekesalannya.
Malah secara jelas, Zarina ada berkongsi sebuah artikel seperti yang mengaitkannya.
Menerusi artikel yang dikongsi, Fathia difahamkan terpaksa ‘membuang kawan’. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ia ditujukan kepada Zarina atau sebaliknya.
“Lepas minta maaf pastu pergi bambu aku dekat press. If this is not crack tahap anjing kurap, I dont know what is bro,” tulis Zarina.
Sementara itu, menerusi Insta Stories pelakon Anak Pontianak ini turut mengulas panjang isu perselisihan fahamnya bersama Fathia yang disifatkan sebagai tidak mengenang budi.
“As usual buat statementnak tuduh kawan2 daru dulu sampai sekarang itu je keje kaunak lepas tangan n tuduh orang kat media. 3.3 million followers on insta n kau takde kawan n semua or tak nak kawan dgn kau imagine that.
“Y? Sebab kau memang ada masalah tak boleh hormat orang hormat masa n life org. Kau nak perangai diva babi kau sampai semua kawan kau lari. Babe kalau aku yang bermasalah kenapa kau merangkak cari AKU setiap kali babe?
“Aku tak pernah cari kau..maybe pada fans kau IDOLA but to me ur will always be that loser celeb yg takde kawan n gaduh dengan semua orang.
“ I let u again in my life pasal KESIAN tlg faham! Kawan2 kau semua lari! Kawan2 baru kau pun kawan aku. Itu pun kau kutuk2 diorang hina diorang. Pastu cari diorang. Siapa tahan dengan kau babe, n by the way if I’m so bad kenapa I’m still working still earning money still doing shoots n KAU JOBLESS FRIENDLESS?
“I had ur back when no one wanted to be next to u la sedar diri. Aku naik grab tgh malam dari nilai ke KL demi nak teman kau. Tapi kau manusia anjing memang tak pernah kenang budi.
“Sedangkan mak bapak kau pun kau boleh ludah apa lagi aku kan.. now stay away from all our live la fucker tolong,” kongsi Zarina panjang lebar.
Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada pihak Fathia sementelah dia telah memadam akaun Instagramnya.
Semoga semuanya dapat diselesaikan secara baik.
Foto : Instagram Zarina Anjoulie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isu lawak lucah bukanlah baharu dalam kalangan masyarakat kita. Kini ia seolah-olah telah menjadi satu perkara yang normal untuk berbual dengan unsur lucah melampau. Namun sampai bila perkara ini harus dibiarkan? There is a need to stop this kind of attitude.
Jika minggu ini dunia seni digemparkan dengan isu rogol dalam sebuah rancangan televisyen sehingga pihak yang diperkatakan bersuara kerana telah membuka aib, hari ini atlet Olimpik Malaysia pula bersuara tentang isu ini.
Datuk Pandelela Rinong, yang merupakan pemenang pingat perak dan gangsa sukan Olimpik berkongsi kisah budaya lawak lucah yang pernah dihadapinya sebagai seorang atlet. Siap dengan tanda pagar #rapejokeisnotfunny, dia memuat naik beberapa ciapan di laman Twitter miliknya.
Ujarnya, “Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol.
“Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri. Moral kepada cerita ini, kita memerlukan ketua yang bagus yang boleh memperbetulkan apa yang salah dan bukannya menutup mata terhadap kejahatan. Dan mereka yang didera mesti berani bersuara. Suara kecil masih berguna jika kita bersatu hati.”
Atlet berusia 28 tahun ini kemudiannya menyatakan ucapan terima kasih kepada persatuan sukan yang banyak mengambil berat. “Kami sangat bertuah kerana dilindungi dengan selamat oleh persatuan sukan, yang mengambil berat tentang kami. Pengakhiran yang membahagiakan,” ujarnya lagi.
Ciapannya itu yang setakat berita ini ditulis telah menerima lebih 8.3 ribu ulang kicau.
Menariknya, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang dahulu pernah bertugas sebagai Menteri Belia dan Sukan turut membalas ciapan Pandelela. Beliau berkata, “Terima Kasih kerana berani bersuara Lela. Masih ada wartawan-wartawan sukan yang mengkritik keputusan yang dibuat untuk ‘menggoncang’ sukan terjun Malaysia ekoran tuduhan ini beberapa tahun lalu. Saya akan membuat keputusan yang sama setiap masa.”
Menurut Khairy Jamaludin lagi keselamatan atlet dari penderaan mental dan fizikal lebih penting dari pingat.
***P/S – Sudah tiba masanya kita di Malaysia untuk berani bersuara setiap kali perkara seperti ini berlaku tidak kiralah dalam industri apapun baik hiburan, sukan dan sebagainya. Perbuatan menormalisasikan lawak lucah bukan sahaja memberi kesan kepada individu bahkan ia seolah-olah meraikan budaya yang tidak sihat.
Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny
Sambutan ulang tahun ke-24 usianya menjadi titik perubahan besar bagi pemegang takhta Miss World Somalia 2021 dan Miss Universe Somalia 2024, Khadija Omar, yang...