Penyanyi Zaki Yamani menyifatkan penyertaannya dalam program Famili Duo sebagai langkah kanan untuknya dan abang, Osama Yamani kembali mengeratkan hubungan mereka.

Menganggap kemenangan bergelar juara Famili Duo musim kedua sebagai bonus, Zaki atau nama sebenar, Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 17, berterima kasih kepada pihak produksi kerana kewujudan rancangan itu yang kembali mengeratkan semula hubungan di antara mereka.

“Terima kasih Famili Duo sebab saya sebenarnya sudah lupa macam mana layanan abang kepada saya.

“Bila bertemu semula dalam program ini, saya kembali ingat semula tentang ‘chemistry’ yang ada pada kami.

“Kali terakhir pun kami rapat masa saya darjah dua, selepas itu abang dah masuk ke sekolah seni di Johor.

“Alhamdulillah, kali ini kami dapat bertemu semula sebab hari-hari jumpa,” katanya kepada MH.

Ads

Sementara itu, abangnya, Osama Yamani, 22, pula berkata mereka akan memberikan sebahagian wang kemenangan RM100,000 kepada ibu masing-masing.

“Kami akan berkongsi rezeki dengan ibu sebab lebih banyak kita memberi lagi murah rezeki nanti.

Zaki & Yamani Kongsi RM100k Dengan Ibu Masing-Masing, Hadirnya Jamal Beri Semangat; “Babah Tak Pernah Datang Tengok Kami Buat Persembahan…”

Ads

“Tentang kehadiran Babah pada malam final, ia betul-betul memberi suntikan semangat buat kami.

“Memang kami mengharapkan Babah hadir. Saya sendiri ada hantar mesej untuk minta dia datang pada malam akhir sebab Babah tak pernah datang tengok kami buat persembahan.

“Sebelum itu pun dia ada mesej beri nasihat dan minta kami tidak tergopoh-gopoh dalam membuat persembahan dan menyanyi dengan ikhlas,” kata Yamani.

Ads

Dalam konsert akhir itu, duo beradik itu menyanyikan lagu medley Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah) dan Potret (Akim & The Majistret) pada pusingan pertama serta medley lagu Hutang (Floor88), Bunga (Altimet) dan Kau Pun Sama nyayian asal Syamel.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000.

Tempat kedua menjadi milik Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang memenangi RM20,000, tempat ketiga dan keempat pula masing-masing dirangkul pasangan sepupu, Bella Astillah dan Wani Kayrie (RM15,000) serta Sissy Imann dan Naim Daniel (RM10,000).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI