Persembahan konsisten akhirnya memberi tuah kepada pasangan duo Zaki Yamani & Yamani Abdillh yang telah diumumkan sebagai juara Famili Duo musim kedua yang bersiaran secara langsung di TV3, Sri Pentas Dua, Shah Alam, malam tadi.
Atas kemenangan yang diraih, pasangan adik-beradik yang juga anak penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ini berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Ajai dan Mas Idayu memberikan komen membina buat mereka sejurus pusingan pertama saingan.
Menduduki tempat kedua pula ialah The Jebats yang dianggotai oleh Ayda & Fyna Jebat.
Tempat ketiga dan keempat masing masing disandang oleh Bella Astillah & Wany Kayrie Naim dan Daniel & Sissy Imann.
Famili Duo yang bersiaran selama lapan minggu menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.
Selain empat finalis terbabit, tiga pasangan lain yang turut bersaing sebelum ini ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin, Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique dan Siti Saida & Siti Sairah.
Pusingan akhir Famili Duo turut diserikan dengan perembahan daripada Khai Bahar dan Nabila Razali menyampaikan lqgu baharu mereka, Selagi Ku Ada.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.