Zalif Sidek Bakal Timang Anak Sulung; “Mohon Doakan Isteri Saya Nak Bersalin.”

Share

Pelakon Zalif Sidek menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, memohon doa daripada peminat agar urusan isterinya, Anis Marzuki, 25, melahirkan anak sulung mereka berjalan lancar.

Menerusi foto yang dikongsikan Zalif, 37, isterinya ditempatkan di Wad Bersalin Pusat Perubatan Pakar IIUM, Kuantan, Pahang.

“Assalamuailakum semua, mohon dooakan isteri saya nak bersalin ya.

“Moga semuanya dipermudah dan berjalan lancar. Amin.

“Semangat sayang, Bismillah, Anis Marzuki, love you so much my wife,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti turut mendoakan segala urusan isteri Zalif dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Semoga dipermudah segala urusan,” tulis Almy Nadia.

“Ku doakan Allah permudahkan urusan bersalin buat isteri dan keselamatan buat isteri dan anak @zalifsidek. Amin, ya Allah,” titip Azza Elite.

“Bismillah, moga Allah permudahkan urusan bersalin ni, dikurniakan zuriat yang sihat,” komen Fadzil Zahari.

“Moga Allah SWT permudahkan urusan wife bersalin alip.. tahniah alip & wife! Happy for you my bro!” tulis Angah Raja Lawak.

Sementara, Zalif ketika dihubungi MH menjelaskan isterinya kini masih lagi berada di dalam dewan bersalin.

“Selesai semua saya bagitahu ya,” katanya ringkas.

Sekadar info, Zalif mendirikan rumah tangga dengan Anis pada 26 Februari tahun lalu di CMi Hall & Event Space, Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar