Datin Norjuma Habib Mohamed menerusi laman Instagram miliknya menyatakan pendapat ke atas isu tulisan jawi.
Jelasnya, tulisan Jawi merupakan tulisan kelas atasan perundangan dan perlembangaan negara Malaysia.
Malah, tegasnya, hanya yang mampu membaca tulisan Jawi mampu menjadi pemimpin yang memberi maruah dan hormat negara.
“Jawi tulisan Rasmi Bahasa Malaysia-yang membezakan nama Nagara atau Negeri .Asas matawang yang sah serta rukun bahasa Malaysia ! Membezakan data negara berkanun atau boleh dikongsi sesuka hati tanpa akal yang waras! JawiBM tulisan kelas atasan perundangan & perlembagaan Nagara Malaysia.Hanya yang mampu membaca nya mampu jadi pemimpin yang memberi maruah dan hormat Negara & kewarganegaraan ,kedaulatan sebuah negara dan perlembagaan !
“Patut lah terlalu ramai sangat yang mengaku peguam,,auditor,akauntan,segaa jenis bijak pandai—-walhal keliru perlembagaan dan perundangan serta tidak mampu berbahas dan berbahasa berbudaya dan menghormati hak warganegara Malaysia pembayar cukai! Warga perundangan yang keliru lemah berbahasa,” jelasnya panjang lebar.
Malah pengusaha tudung ini turut mempersoalkan kebolehan setiap warganegara dalam membaca tulisan Jawi.
“Zaman moden takkan uols tak boleh membaca jawi bukan susah pun? Kata Malaysian kan?
🦂#malaysia #nagara,” soalnya.Terdahulu, isu tulisan Jawi mendapat perdebatan hebat di kalangan masyarakat dan rata-rata bangsa Melayu bersetuju tulisan Jawi terus diperkukuhkan di peringkat sekolah.
Foto : Instagram Aidijuma