Kemunculannya di kaca televisyen lebih dua tahun lalu mungkin tidak terlalu menonjol dan vokalis kumpulan Azlan & The Typewritter ini punya sebab tersendiri. 

Menurut Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle ini, tindakannya untuk berehat seketika adalah bagi muhasabah diri selain membuat kajian mengenai genre lagu yang disukai pendengar masa kini.

Beberapa tahun lepas saya rasa saya perlukan rehat dan mahu memberi laluan kepada penyanyi baru yang datang dalam industri hiburan, kerana bilangan mereka terlalu ramai.

“Saya bukan merajuk, tetapi saya berusaha untuk mencari ilham demi mendapatkan lagu terbaik untuk pendengar,” katanya.

Bintang ini ditemui MH ketika majlis Santai Bersama Media selain melancarkan single baru di Damansara Perdana, pada Selasa.

Ads

Selain itu, penyanyi berusia 38 tahun ini juga menyifatkan senario muzik kini mulai berubah.

Zaman sudah berubah, semuanya berbentuk digital. Ketika zaman kegemilangan saya hanya ada myspace.

Zaman sekarang ini pelbagai platform seperti Facebook, Twitter dan Instagram,” akurnya. 

Ads

Malah, Azlan melihat dari segi perspektif bahawa perkembangan dalam industri muzik tempatan semakin berkembang maju. 

Saya melihat perkembangan industri hiburan muzik tempatan sangat laju dan saya harus akur dengan perubahan itu.

“Sekarang ada pelbagai platform digital yang muncul dan mendapat perhatian masyarakat,” jelasnya panjang lebar.

Ads

Dalam perkembangan lain, Azlan kini muncul dengan single terbaru, Jangan Khianati Aku, yang turut menjadi runut bunyi untuk drama Pesan Pada Hati yang disiarkan di TV3, baru-baru ini.

Kini dengan semangat dan kerjasama pasukan pengurusan baru, Indigital Music, saya muncul pertaruhkan lagu solo hasil ciptaan sendiri.

Malah, saya bersyukur lagu ini memberi impak baik dalam usaha kembalikan sinar semula kerjaya nyanyian apabila ia kian mendapat perhatian pendengar,” katanya optimis.

https://www.youtube.com/watch?v=h6OPu-ZOGZA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI