Ads
Home Berita “Zaman Sekarang Bahaya, Kita Perlu Hadkan Pergaulan Sebab Pengkhianat Ada Di Mana-Mana,”...

“Zaman Sekarang Bahaya, Kita Perlu Hadkan Pergaulan Sebab Pengkhianat Ada Di Mana-Mana,” – Uqasha Senrose

Ads
Pelakon, Uqasha Senrose mengakui dia cukup teliti dan mengutamakan prinsip kualiti berbanding kuantiti dalam berkawan.
Malah, kakak kepada Nelydia ini juga memilih untuk mengehadkan bilangan teman yang boleh dipercayai.
Katanya seperti yang dipetik Kosmo! Online, dia berbuat demikian kerana sebolehnya mahu elak daripada terlibat dalam agenda peribadi mana-mana individu memandangkan dia tidak menafikan, terdapat ramai yang hanya gemar mengambil kesempatan ke atas orang lain.

“Saya tidak ramai kawan dalam industri, sebaliknya saya hanya rapat dan banyak meluangkan masa dengan adik-beradik serta keluarga.

“Zaman sekarang bahaya. Kita perlu hadkan pergaulan sebab pengkhianat ada di mana-mana. Sebab itu saya berhati-hati dalam memilih kawan. Niat orang kita tidak tahu ikhlas atau tidak.

“Sebab saya takut dengan pengkhianat yang selalunya muncul dalam kalangan orang dikenali.

“Tidak kisahlah ruang lingkung kehidupan saya kecil dan cuma ada orang-orang rapat seperti keluarga asalkan hidup tidak mengganggu orang lain,” ujar Uqasha seperti yang dipetik.

View this post on Instagram

Hello you .. yes you hi 😘

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

Ads

Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Runtun Jiwa di samping Azrel Ismail, bintang berusia 27 tahun ini kian sibuk dengan komitmen kerjaya seni.

Malah, bintang ini turut menambah rutin hidupnya kini berubah.

“Jadual sibuk bukan dirancang pun tetapi selain rezeki, saya sebenarnya bukan ada komitmen lain buat masa ini. Jadi lebih baik saya gunakan kudrat untuk bekerja.

Ads

“Bukan tidak mahu ambil waktu untuk berehat tetapi kalau mahu bercuti pun saya sudah tiada kawan. Selama ini saya rapat dengan keluarga dan banyak meluangkan masa bersama mereka jika bercuti ke mana-mana.

“Memandangkan Nelydia sudah berkahwin, saya sendiri perlu faham dia ada keluarga dan situasi tidak boleh seperti dahulu lagi,” katanya lagi.

Ads

Nelydia mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 6 April.

“Memang jadi lain. Saya rasa kosong sebab tiada kawan sekepala. Memanglah hubungan kami tidak akan putus tetapi banyak benda berubah sebab dia ada komitmen lain sekarang,” akui Uqasha.

Foto/Sumber: Instagram Uqasa Senrose/Kosmo! Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI