Hiburan

“Zaman Sekarang, Isteri Pun Banyak Yang Curang,” – Erma Fatima

Share

Pengarah terkenal, Erma Fatima tampil memberikan kata-kata semangat buat pelakon asal Indonesia, Baim Wong yang baru sahaja memfailkan penceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven pada lsnin .

Menurut Erma, tiada gunanya buat seorang suami mempertahankan cinta yang telah dikhianati oleh isteri.

“Tak mengapa Baim Wong anakku. Lepaskan sahaja. Tidak ada gunanya mempertahankan cinta yang dikhianati. Ada yang lebih besar harganya iatu maruah.

“Simpan sahaja kesakitanmu, kenangan manis mahupun pahit kerana ketika kamu akad, janji kamu pada Allah bukan pada dunia,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Erma menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Pada masa sama, pelakon filem Laila Isabella itu turut menasihatkan Baim untuk menerima segala takdir dengan reda dan hati yang terbuka.

“Maka, menangislah sepuasmu dan adukan hanya padaNYA kerana dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kamu.

“Insya-Allah pasti ada yang lebih baik Allah gantikan buat kamu. Stay cool,” kongsinya lagi

Dalam pada itu, Erma turut memberikan responnya mengenai dakwaan Baim yang mengatakan isterinya itu pernah berlaku curang sebelum ini.

“Hmm dah tentu orang tak percaya pada Baim kan? Bila bab curang ni selalunya kita salahkan lelaki tapi tak pelik dekat zaman sekarang ni kalau isteri pun banyak yang dah curang,” ujarnya.

Semalam, menerusi satu sesi sidang media, Baim mendajwa isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan rakan baiknya sendiri.

Bagaimanapun, Baim memaklum dirinya enggan menyimpan dendam terhadap perbuatan tersebut.

Terdahulu, Baim mengesahkan dirinya telah memfailkan permohonan cerai terhadap Paula pada Isnin di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber: Instagram Erma Fatima

Published by
Aizam Manaf