Pernah menjadi viral satu ketika dahulu, apabila berlakunya pergelutan antara pelakon, Balkisyh Semundur Khan dan bekas suami, Mohamad Aizad Rosli mengenai kes berebut anak, Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.
Namun, Balkisyh tampil berkeyakinan apabila dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 31kg.
Justeru, pelakon drama bersiri Mok Cun itu telah berkongsi rahsia mengenai penurunan berat badannya itu
“Meh kami cerita sikit apa yang berlaku.dulu kami pon ada masalah macam hampa semua.kami tak pernah peduli pon pasal berat kami..kami balun jaa apa makanan yang ada depan kami,” tulisnya.
Tambah Balkisyh, dia sememangnya bersifat kuat makan , namun dia bimbang sekiranya penyakit yang tidak diingini akan datang.
“sebab kami memang kuat makan .tapi bila badan kami makin besaq, makin banyak pulak penyakit yang datang.kami keluar masok hospital.paling sakit bila job berlakon makin tak ada,” tulisnya lagi.
Namun begitu, Balkisyh mula ‘bersuara’ apabila kebanyakan orang sekarang ini mahukan badan yang slim dan mula menyidir orang yang berbadan besar.
“kami tak salahkan sapa2.dah lumrah zaman skarang smua nak yg slim melim kan..tu kami tak kisah sangat..tapi hat yang kami kisah bila semua orang kata kami gemok, selekeh dan burok <termsok org yg plg dekat dgn kami>.bila kami da single kami memang uruskan semuanya sendiri..,”tulisnya lagi.
Walaubagaimanapun, dia berjaya menemukan produk yang bersesuaian dengannya.
“Kami banyak pergi masok event untuk meniaga cari rezeki..Sampailaa kami jumpa founder produk nie dan bagi kami cuba produk dia..tanpa ada harapan apa2 kami pon try jelaa..sebab sebelum tue pon da makan macam2 produk tapi sama jaa badan tak turun pon..,”jelasnya.
Apa-apa pun, tahniah buat Balkisyh atas kesungguhannya itu yang berjaya menurunkan berat badan!
Foto : IG Balkisyh