Isteri kepada penyanyi Zamani, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan suaminya sudah dibenarkan keluar dari hospital pada petang Khamis.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Juliana juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang mendoakan kesihatan vokalis kumpulan Slam itu.

“Alhamdulillah, Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ini.

“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan operasi pembedahan dan semua kakitangan hospital yang mengambil berat serta mendoakan Zamani,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

Zamani Dibenarkan Keluar Hospital, Badan Dah Tak Bengkok Lagi

Ads

Dalam entri tersebut, Juliana memuat naik video menunjukkan perkembangan terkini Zamani yang berjalan dalam keadaan badannya sudah kembali normal, tidak membengkok akibat penyakit masalah tulang belakang yang dialaminya sebelum ini.

Juliana turut sama menzahirkan penghargaan kepada Datuk Aznil Nawawi dan semua pihak yang membantu mendapatkan dana buat pembedahan Zamani.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Nil, semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani.

Ads

Zamani Dibenarkan Keluar Hospital, Badan Dah Tak Bengkok Lagi

“Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Aznil menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang diusahakannya pada bulan Jun lalu.

Ads

Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 yang manna menyebabkan badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu selamat menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI