Drama Saat Hilang Cintamu yang diangkat daripada kisah benar sememangnya memberi impak yang besar kepada penonton sehingga hari ini.
Terbaru, menerusi sesi siaran langsung yang diadakan diaplikasi Tik Tok, pelakon utamanya, Zamarul Hisyam memaklumkan dia mendapat motivasi untuk membawakan watak ini dengan baik selepas terinspirasi dengan tahap kesetiaan yang ditunjukkan individu sebenar disebalik kisah nyata ini.
“Anda tonton drama tersebut dan rasa sedih. Sebenarnya, ketika pertama kali saya terima skrip dan dapat tahu naskah ini diangkat daripada kisah benar, berdiri bulu roma saya.
“Kemudian, saya cakap kepada pengarah, InsyaAllah, mari kita buat yang terbaik.
“Dalam drama Saat Hilang Cintamu ini, saya sebenarnya bukan nak berlakon sangat, saya lebih kepada nak beritahu penonton bahawasanya pada zaman ini, masih ada lagi lelaki yang betul-betul setia.
“Jadi, saya ambil tanggungjawab tersebut untuk tunjukkan kepada penonton bagaimana sebenarnya perasaan Encik Razil,” katanya.
Video sesi siaran langsung itu dimuat naik semula oleh seorang individu di aplikasi Tik Tok.
Ads
Pada masa sama, Zamarul turut memuji kualiti lakonan serta tahap profesionalisme gandingannya yang juga merupakan pelakon baharu, Rita Nadira.
“Rita seorang pelakon yang tak ‘langsi’ dan banyak songeh di set. Sangat merendah diri, pandai bergaul dan menghormati orang lain.
“Dia pun ada bagitahu, watak Salina ini agak susah untuk dibawakan. Kalau anda lihat sendiri, secara tiba-tiba Salina berubah menjadi wanita yang tak betul. Padahal, dia seorang isteri yang baik.
Ads
“Sebagai pelakon, nak twist sesuatu karakter itu, dia tak boleh terlampau mengejut. Ia harus dilakukan dengan cara yang betul. Dekat situ yang Rita mula risau,” katanya lagi.
Katanya lagi, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari keserasian bersama Rita.
Ads
“Saya cakap kepada dia, kita buat betul-betul. Kalau niat kita ikhlah, InsyaAllah akan menjadi. Dia seorang pelakon yang berkaliber. Walaupun pelakon baru, saya tiada masalah bekerja dengan dia.
“Kami selalu berbincang tentang bagaimana nak menjayakan sesuatu babak itu. Memang keserasian diantara kami,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Saat Hilang Cintamu merupakan sebuah drama terbitan Zeel Production dan diarahkan oleh Rahilah Ali.
Selain Zamarul dan Rita, drama ini turut dibintangi oleh Malik Mccrone dan Abbas Mahmood.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Kashar91 & Beetle Banana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Along Cham atau nam sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad ada berkongsi cerita perihal jodoh.
Dikongsikan menerusi salah satu posting terkini di Instagram, bintang berusia 37 tahun ini memaklumkan ibunya selalu berpesan agar sentiasa berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.
“Mak abang selalu pesan kat abang hati2 dalam mencari jodoh kali ni, jangan sampai diperbodohkan.
“Its ok mak, tak jumpa jodoh pun tak pe mak daripada anak mak ni jadi bodoh…isn’t it? @alongcham @_siti61 #rukuntetanggacyber #nakalyangberakal#sapekutukakubentes #janganserioussangat,” tulisnya.
Beberapa bulan lalu, pelakon Amyra Rosli mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil dengan imej berhijab, menutup aurat.
Lalu bintang ini memberikan pencerahan memandangkan mungkin ada yang keliru dengan watak sebagai wanita bertudung yang pernah dibawa.
“Mungkin ramai yang keliru dengan penampilan saya yang sekaran ini (berhijab) kerana ia seiring dengan lakonan drama saya kerana saya memegang watak bertudung.
“Apabila saya bertudung, orang akan fikir saya hanya promosikan dama tersebut dan ada juga yang cakap ketka itu saya baru pulang dari Mekah.
“Jadi saya tak nak cakap banyak-banyak, cukup sekadar mereka tahu perkembangan saya di media sosial.
“Apa yg boleh saya katakan adalah sekarang ini saya masih belajar dan banyak lagi benda yang saya perlu dalami,” kongsinya menerusi video di Zayan.My
Menurut pelakon drama Cemburunya Seorang Perempuan itu, ada kalanya dia bertanyakan pendapat suaminya, Amar Baharin mengenai penampilan terbarunya itu.
“Saya selalu bertanya pada dia, nak berjalan dengan isteri yang free hair atau bertudung, tapi Alhamdulillah, saya mempunyai suami yang sangat supportive.
“Masa saya free hair dulu, saya bukanlah seorang yang seksi. Kalau baju saya ternampak apa yang tak patut terdedah sana, sini , dia akan tegur cara pemakaian baju itu supaya tutup sikit.
“Dari situ saya tahu dia seorang suami yang menjaga isteri dia. Jadi saya mahu menjaga suami saya di akhirat kelak untuk sama-sama samapi di sana,” kongsinya jujur.
Pelakon Amyra Rosli meluahkan rasa terharu atas usaha yang dilakukan peminatnya menghasilkan video dengan sentuhan kata-kata yang cukup mendalam.
Video tersebut memetik kata-kata yang pernah diucapkan pelakon itu dan membuatkannya lebih bermakna.
“Aku ingin berubah tapi aku tak tahu nak dimulakan dari mana. Sudah terlalu banyak dosa. Disebabkan leka dan alpa atas dunia yang fana, pinjaman Yang Esa. Sehingga suatu ketika itu aku rasa tidak berguna sebagai hamba. Aku ingin berubah menjadi lebih baik sehingga nanti kau melihat aku, Tuhan berbisik padamu gerakkan hati bahawa doamu juga telah dikabulkan.
“Ya Tuhan kami, janganlah Kau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (Kurnia) – QS Ali Imran “ 8.
“Manusia sentiasa ada salah dan dosa. Dan hati pula rapuh sifatnya dan prasangka adalah isinya. Sehingga hanya pada Allah lah tempat bersandar kita. Kerana DIA yang menciptakan kita sebagai manusia. Kerana DIA juga yang membolak balikkan hati kita. Maka janganlah berputus ada dari Rahmat-nya.
“Segeralah minta ampun atas segala doa. Mintalah juga padaNya agar sentiasa memiliki hati yang setia. Setia pada kebenarana dan ajaranNya. Dan tidak Kembali lagi pada doa setelah diberi hidayah olehNya. Kerana hanya Allah pemberi kurnia.”
“Berkaca pulak mata tgk video2 ni..Rajin sgt kalian edit.. tq so much.. 😊
Semoga kalian dirahmati & diberkati dunia akhirat.. amin,” kongsinya.
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...