Zamarul Hisyam Mahu Buktikan Lelaki Setia Masih Ada – “Pertama Kali Dapat Skrip, Berdiri Bulu Roma.”

Share

Drama Saat Hilang Cintamu yang diangkat daripada kisah benar sememangnya memberi impak yang besar kepada penonton sehingga hari ini.

Terbaru, menerusi sesi siaran langsung yang diadakan diaplikasi Tik Tok, pelakon utamanya, Zamarul Hisyam memaklumkan dia mendapat motivasi untuk membawakan watak ini dengan baik selepas terinspirasi dengan tahap kesetiaan yang ditunjukkan individu sebenar disebalik kisah nyata ini.

@karrsharr91sem Saat Hilang Cintamu jom dgr abg Zamarul Hisham story dekat live dia pasal drama saat hilang cintamu jom join live dia skrng sedih rupanya memang dari cerita betul drama ni #saathilangcintamu #saathilangcintamutv3 #dramasangattv3 #dramatv3 #zamarulhisyam
#saathilangcintamudrama #saathilangcintamu #zamarulhisham ♬ Obsessed With You x All About Him – ARNEL REMIX

“Anda tonton drama tersebut dan rasa sedih. Sebenarnya, ketika pertama kali saya terima skrip dan dapat tahu naskah ini diangkat daripada kisah benar, berdiri bulu roma saya.

“Kemudian, saya cakap kepada pengarah, InsyaAllah, mari kita buat yang terbaik.

“Dalam drama Saat Hilang Cintamu ini, saya sebenarnya bukan nak berlakon sangat, saya lebih kepada nak beritahu penonton bahawasanya pada zaman ini, masih ada lagi lelaki yang betul-betul setia.

“Jadi, saya ambil tanggungjawab tersebut untuk tunjukkan kepada penonton bagaimana sebenarnya perasaan Encik Razil,” katanya.

Video sesi siaran langsung itu dimuat naik semula oleh seorang individu di aplikasi Tik Tok.

Pada masa sama, Zamarul turut memuji kualiti lakonan serta tahap profesionalisme gandingannya yang juga merupakan pelakon baharu, Rita Nadira.

@beetle.banana Komen abg @Zamarulhisham93 tentang @Rita Nadira . Congratulations to both of you & juga kesemua yg terlibat dlm menjayakan ‘SAAT HILANG CINTAMU’.. Dah 4 hari ni MASIH TRENDING! 🫶🏻🫶🏻 #fyp
#foryoupage #ritanadira #zamarulhisham #saathilangcintamu ♬ original sound – beetle.banana

“Rita seorang pelakon yang tak ‘langsi’ dan banyak songeh di set. Sangat merendah diri, pandai bergaul dan menghormati orang lain.

“Dia pun ada bagitahu, watak Salina ini agak susah untuk dibawakan. Kalau anda lihat sendiri, secara tiba-tiba Salina berubah menjadi wanita yang tak betul. Padahal, dia seorang isteri yang baik.

“Sebagai pelakon, nak twist sesuatu karakter itu, dia tak boleh terlampau mengejut. Ia harus dilakukan dengan cara yang betul. Dekat situ yang Rita mula risau,” katanya lagi.

Katanya lagi, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari keserasian bersama Rita.

“Saya cakap kepada dia, kita buat betul-betul. Kalau niat kita ikhlah, InsyaAllah akan menjadi. Dia seorang pelakon yang berkaliber. Walaupun pelakon baru, saya tiada masalah bekerja dengan dia.

“Kami selalu berbincang tentang bagaimana nak menjayakan sesuatu babak itu. Memang keserasian diantara kami,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Saat Hilang Cintamu merupakan sebuah drama terbitan Zeel Production dan diarahkan oleh Rahilah Ali.

Selain Zamarul dan Rita, drama ini turut dibintangi oleh Malik Mccrone dan Abbas Mahmood.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Tik Tok  Kashar91 & Beetle Banana

Published by
Aizam Manaf