Suami kepada pelakon Ayu Raudhah yang juga bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha berkongsi momen dia menemani isterinya itu di sebuah hospital swasta di Seremban, Negeri Sembilan bagi mengetahui keadaan terkini bayi yang sedang dikandung Ayu.
Difahamkan Ayu kini sedang menanti hari untuk bersalinkan anak ketujuh mereka.
Menerusi video pendek yang dikongsikan di Insta Stories, pada Selasa, Ayu kelihatan sedang berbaring sambil mengenakan cahaya mata.
Memetik laporan media sebelum ini, Ayu yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan mengakui dia hamil lagi dan bersyukur kerana tidak mengalami alahan melampau sepanjang kehamilan.
“Alhamdulillah iya betul, saya sedang hamil. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, iya lah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.
“Perut pun dah besar tak boleh nak sorok. Siapa perasan itu, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya.
“Kepada peminat yang sentiasa ingat saya itu, saya ucap terima kasih banyak-banyak.
“Saya memang tiada alahan sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada alahan yang teruk atau aneh-aneh.
“Insya-ALLAH, baby akan dilahirkan pada hujung bulan tujuh (Julai),” katanya.
Terdahulu, pada Mei lalu, berita mengenai kehamilan Ayu dikongsikan Rozita menerusi sebuah video di TikTok yang dimuat naik pempengaruh media sosial, Rosix Omar.
Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta dalam nada berseloroh mendedahkan adik kesayangannya itu kini sedang berbadan dua.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Arya dan Laura Zuleykha.
Tiga lagi anak mereka ialah Muhammad Aisy Al-Khaliq, Muhammad Aisy Al- Jibreel dan cahaya mata keenam yang kini berusia dua tahun.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI