Uncategorized

Zara Zya Akui Sedang Bercinta Dengan Hafreez Adam?

Share

Usia bukanlah penghalang, itulah antara matlamat yang dipegang oleh kedua pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam.

Buat pengetahuan korang, baru-baru ini Hafreez ada mendedahkan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan dengan Zara Zya dan akui diri mereka sedang bercinta.

Melalui Harian Metro Online, Zara tidak menolak dan mengakui perkara yang sama.

Menurutnya walaupun mereka berdua baru sahaja rapat beberapa bulan yang lalu namun mengakui sangat selesa menjalinkan hubungan bersama pelakon berusia 28 tahun itu.

Kata Zara Hafreez sangat matang, baik, manis dan menjaga setiap tutur katanya.

“Kami sudah kenal lama tapi makin rapat sejak berlakon drama MonaLisa sebanyak 80 episod untuk Astro Prima terbitan Radius One Sdn Bhd.

 

 

“Kiranya hubungan rapat ini baru terjalin beberapa bulan saja. Malah, bila Hafreez sendiri mengaku, takkan saya menafikan pula.

 

“Apatah lagi, saya selesa menjalin hubungan dengan Hafreez kerana dia bersikap matang, baik, manis dan bila bercakap pun elok.

 

“Saya harap doakan yang baik-baik saja buat kami. Apapun, saya harap peminat terus menyokong karier seni kami,” katanya kepada Harian Metro.

Wah, tak sangka dalam diam rupanya mereka berdua sudah menjalinkan hubungan. Semoga berkekalan!

Published by
Lany Azman