Macam tidak percaya bila tahu Zara Zya rupanya memang pencinta kucing yang tegar. Buktinya, dia kini tinggal bersama 30 ekor kucing yang sihat dan gebu.
Zara mula membela kucing pada 7 tahun yang lalu. Ia bermula apabila zara membeli seekor kucing sebelum dihadiahkan lagi seekor kucing oleh pengarah Kabir Bathia.
Katanya, pada awalnya dia bukanlah pencinta kucing seperti sekarang kerana fikir susah untuk uruskan keperluan dan kelengkapan sebab kenkangan masa. Namun sejak mula membela, dia langsung tidak boleh move on
dan terus membeli lagi empat ekor.“Benarlah kata orang bila dah suka sesuatu benda, kita sanggup berhabis duit dan dek kerana dah mula rasa sayang pada haiwan ini, rumah saya pernah dipenuhi 30 ekor kucing pelbagai baka dan merekalah penghibur hati saya, ” ujarnya kepada mStar Online.
Zara memberitahu ke semua kucing yang dibela ditempatkan di dalam sebuah bilik khas di dalam rumah miliknya.
Oleh disebabkan ada kalanya punyai jadual yang terlalu padat dalam pengambaran, Zara juga telah menggupah seorang pekerja untuk memantau dan menguruskan kucing-kucing tersebut.
Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, ada antara kucing miliknya itu menjadi agak agresif apabila didekati kerana kurang diberi perhatian. Oleh itu, Zara memberi sebahagian daripada kucingnya pada rakan-rakan terdekat agar lebih terjaga dan terurus.
“Menangis jugalah sewaktu nak lepaskan mereka tapi itu mungkin cara terbaik dari terus seksa si comel ni tanpa perhatian dan kasih sayang yang cukup,” katanya yang kini hanya tinggal 11 ekor kucing yang dibelanya di rumah.
“Sebelas yang tinggal antara yang manja dengan saya dan rasanya cukuplah dengan jumlah yang ada sekarang. Saya tak nak mereka terabai, kesian, ” katanya.
Zara juga mengaku dia pernah berhabis duit untuk membeli makanan dan segala kelengkapan kucing agar mereka terjaga dan selesa.