Pelakon senior, Zarina Zainuddin melolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya yang memuatnaik hantaran di media sosial Instagram milik anaknya, Azal Azrai.

Menurut Zarina, 51, dia sendiri tidak mahir untuk menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris berkaitan dengan hantaran yang mendakwa beberapa orang selebriti melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.

“Saya tak pandai nak tulis macam tu. Kalaulah saya yang tulis, pasti akan ada banyak ‘typo’, saya belajar pun tak tinggi.

“Azal punya keupayaan yang baik menulis dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Ads

Ditanya sejauhmana dirinya mengetahui perkara terbabit menjadi tular lalu menimbulkan reaksi pelbagai pihak, Zarina menjelaskan dia mendapat tahu apabila warganet mulai ‘seru’ namanya di Instagram.

“Saya dapat tahu bila ada warganet yang ‘tag’ akaun saya. Pada awalnya saya tidak baca, akan tetapi lama kelamaan saya terfikir seperti ia sesuatu yang serius dan ramai pula yang komen,” katanya.

Ads

Meski mengakui ada ketikanya dia turut memantau kegiatan anak istimewanya itu, namun Zarina mengakui Azal akan tertekan andai berjauhan dengan telefon pintarnya.

“Kalau ambil pun, dia akan jadi stres. Anak saya ni autisme, dia tidak ada ramai kawan, jadi selalulah dia dengan isi masa dengan telefon pintarnya.

Ads

“Kadang-kadang dia akan ‘dm’ sesiapa saja untuk bertanya khabar. Sampai orang yang kenal dia lagi berbanding saya,” seloroh Zarina.

Terdahulu, Zarina ditemui ketika Majlis Sidang Media Starvendors di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada Rabu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI