Isu poligami bukanlah satu perkara baharu malah ia sering dibahaskan sama ada dalam media massa mahupun di media sosial.

Terbaharu, pelakon Zarina Zainuddin berkongsi pandangannya mengenai bercinta dengan suami orang malah ibu kepada empat cahaya mata itu turut menyarankan mana-mana wanita agar tidak sesekali jatuh hati dengan lelaki yang sudah berumah tangga.

“Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Kalau boleh jangan jatuh cinta pada suami orang sebab kesian pada diri kita sebenarnya.

“Sebab kita kena hidup merana dulu. Bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita ini yang indah,” katanya dalam sebuah video program ‘Mak Untuk Malaysia’ (MUM).

Berkongsikan pengalamannya bergelar isteri kedua, Zarina mengakui kadang-kadang dia terpaksa ‘makan hati’ kerana suaminya kurang menghabiskan masa bersamanya di rumah.

Ads

Dalam perkongsiannya itu juga, Zarina berkata bagi menjaga hati madunya, dia hanya mendedahkan mengenai statusnya sebagai isteri kedua hanya selepas usia perkahwinannya mencecah tahun ke-21.

“Makan hati berulam jantung. Bukan senang sebab suami kalau dah kahwin dengan kita, dia akan cuba untuk pujuk hati isteri pertama balik sebab dia rasa bersalah.

“Jadi kita yang akan makan hati. Saya stress tetapi perlu sabar dan kuat. Alhamdulillah segalanya menjadi baik selepas saya mengandung.

“Bahagia itu sebenarnya kita yang cipta, kita cipta kebahagiaan kita sendiri. Jangan tamak sebab tahu saya hidup bermadu maka saya perlu berkongsi.

Ads

“Saya cuba ambil hati suami, madu saya dan walaupun kadang-kadang kena perli, kita kena terima. Ada orang marah sebab ambil suami orang memanglah marah, jadi kita kena sedar diri kita sudah ambil hak orang, jangan kita pula lebih-lebih,” katanya lagi.

Zarina juga mendedahkan sebelum berkahwin dengan suaminya, dia terlebih dahulu meminta suami membawanya berjumpa dengan isteri pertama bagi mendapatkan keizinan.

“Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi perampas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.

Ads

“Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang,” jelasnya.

Zarina menyifatkan suaminya seorang lelaki yang budiman kerana berani membawanya untuk meminta izin dan bertemu dengan isteri pertama.

Untuk rekod, Zarina berkahwin Datuk Seri Dr Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.  Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar istimewa, Muhammad Raizal Azrai (Azal), Muhammad Razil Azrai (Azil), Muhammad Adam Azrai dan Muhammad Naim Azrai.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI