Setelah hampir 30 tahun berada dalam industri seni, niat untuk menyanyikan lagu bergenre ketuhanan akhirnya tercapai buat vokalis kumpulan Umbrella, Zarul.

Tampil dengan single Syuhud Qalbu nyanyian bersama ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 49, berkata dia tidak menunggu lama untuk menyatakan persetujuan untuk kolaborasi tersebut.

“Memang sejak dahulu lagi saya mengimpikan sebuah karya berbentuk kerohanian bersempena dengan bulan Ramadan.  Dah lama sangat saya teringin sebenarnya.

“Setiap hari saya berdoa kepada Allah agar diberi rezeki yang tidak disangka-sangka dan Allah maha mendengar doa hambaNya.

Ads

“Akhirnya saya dihubungi Fitri Haris yang mengajak saya untuk berdeut dalam sebuah lagu dengannya,” katannya.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka itu berharap Syuhud Qalbu bukanlah lagu kerohanian pertama dan terakhir yang dinyanyikannya, sebaliknya berharap akan mendapat lebih banyak tawaran untuk menyanyikan lagu-lagu bergenre sedemikian.

Ads

“Saya fikir bila kita keluarkan lagu cinta sahaja, kita tukar lagu itu kepada cinta kepada Allah.

“Saya juga berharap selepas Syuhud Qalbu saya akan dapat lagi peluang untuk menyanyikan lagi lagu-lagu bergenre kerohanian selepas ini,” katanya lagi.

Ads


Sekadar informasi, Zarul memulakan karier seni sebagai vokalis kumpulan Umbrella pada tahun 1994 sebelum ‘berehat’ sebentar selepas bergelar pramugara Malaysia Airline System (MAS).

Pada tahun 2016, Zarul kembali membuat ‘comeback’ menerusi program nyanyian Gegar Vaganza dan dia berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Zarul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI