
Isi Kandungan
TogglePenyanyi dan pelakon Zazleen Zulkifli, mencipta kejutan apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir program realiti popular, One In A Million (OIAM).
Tidak jangka akan sukses meneruskan saingan hingga ke malam kemuncak Ahad depan, Zazleen teruja meski tidak menafikan kejayaan itu hadir meski segelintir pihak berpendapat dia seharusnya tersingkir lebih awal.
Percaya Rezeki
Zazleen bagaimanapun bersyukur kerana percaya ia adalah rezeki dariNya.
“Banyak betul orang yang mendoakan agar saya tersingkir. Mereka mengharapkan Cinderella yang bersuara lemak dan merdu, tapi mungkin saya ini sebaliknya.
“Apa pun saya sedar inilah yang dikatakan kuasa Tuhan. Bila saya ‘down’, tak pernah terfikir untuk saya mampu mara ke final.
“Bila selesai buat persembahan dan keputusan diumumkan, saya sudah tanamkan dalam diri agar hanya menyanyi sahaja. kalau ada rezeki, adalah,” katanya.
Zazleen berkata demikian pada sidang media sejurus tamat Konsert Separuh Akhir OIAM di Shah Alam, minggu lalu.
Single Baharu, Merah
Dalam pada itu, Zazleen turut berdebar untuk menyampaikan single terbaharu berjudul Merah pada malam final nanti.
“Walaupun saya rasa bersyukur dan gembira, tapi pada masa sama rasa gementar juga kerana kami perlu bawakan lagu baharu masing-masing Ahad ini.
“Risau juga takut tak sampai ke hati penonton,” katanya yang turut mengharapkan maklum balas baik pencinta muzik mengenai lagu ciptaan Audi Mok dan Sahzee Ishak itu.
Selain Zazleen, tiga peserta lain yang sama-sama memburu gelaran juara OAIM ialah Jimi, Marygrace dan Kai Deva.
Program realiti nyanyian yang mula mencipta fenomena pada 2006 itu diacarakan oleh hos Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy.
Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Burung Hantu, Siapkan Assignment Dekat Set,” – Hebat! Keputusan Cemerlang Lagi, Pengorbanan Wani Kayrie Berbaloi

Penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie mengakui berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang telah diraihnya sepanjang semesta lalu.
Menurut Wani yang ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di Management And Science University, meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk membahagikan masa demi kerjaya dan pelajaran, namun usaha kerasnya selama ini disifatkan amat berbaloi.
“Simpan sini biar jadi kenangan bila dah graduate nanti. Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja. Lagi-lagi Wani full-time student di @msumalaysia dan kena seimbangkan study & career.
“Orang hanya nampak Wani post pasal kerja dan seronok jalan-jalan semua kan. Hakikatnya, ini lah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan assignment dekat set, masuk online class dekat studio dan macam-macam lagi,” kongsinya di Instagram.
Katanya lagi, dia juga harus berjaga pada waktu malam untuk memastikan segala tugasan dapat disiapkan.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang turut menitipkan nasihat buat para anak muda untuk tidak mudah berputus asa untuk mengejar impian yang diidam-idamkan.
“Alhamdulillah ya Allah atas keputusan ini. Walaupun finance nya C (memang dari sekolah takde bakat ya kira2) sampai lah sekarang, but I’m proud of myself for my law core subjects!
“Siang kerja, pastu sambung assignments sampai pagi lepastu esok bangun pagi shooting! The struggles. But, trust the process.
“Congratulations semua yang berjaya mengharungi hari-hari jatuh dan berjaya bangkit tanpa ada orang tahu liku-liku dan dugaan kita.
“Apapun, trust yourself dan jangan pernah putus asa dalam mencapai apa yang anda inginkan,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Wani.
“Congratulations Wani. May Allah bless you until jannah. Amin.
“Tahniah Wani. Tak mudah nak but dua kerja dalam satu masa.
“Alhamdulillah. Congratulations Wani. Keep inspiring others. Let’s be beautiful with brain.
“Congrats Kak Wani. I’m so happy for you and you did well.
“Alhamdulillah, whatever’s it is, bersyukur selalu. Nanti Allah akan tambah nikmat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Maisarah Abdullah kini sedang melanjutkan pelajaran dan jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Wani Kayrie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biarkan Je Dia Macam Ni,” – Ramai Bertanya, Neelofa Maklum Dah Lama Tak Cukur Kening

Ahli perniagaan dan hos terkenal, Neelofa hari ini ada memberitahu pengikutnya yang dia kini sudah lama tidak mencukur atau mencabut keningnya.
Persoalan tersebut dijawab Lofa menerusi video pendek yang muat naik menerusi Insta Stories selepas ramai yang bertanya mengenai perkara berkenaan.
“Orang banyaklah komen, cakap sama ada saya lukis atau pun cukur kening.
“Saya dah lama dah tak cukur kening, biarkan je dia macam ni.
“Untuk mereka yang rasa sangsi kalau sama cukur kening atau tidak, ia tidak dicukur atau dicabut,” katanya jujur.
Terdahulu media melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu mengesahkan dirinya kini sudah berpurdah.
Dalam satu kenyataan, Neelofa memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Sedia Jadi Papa Pada Anak-Anak,” – Fatin Afeefa

Kebelakangan ini, golongan selebriti pasti tidak terlepas daripada menerima pesanan ‘mengarut’ dari pengguna media sosial hingga ada kalanya ia boleh memudaratkan.
Ditanya mengenai hal tersebut, pelakon Geng Mak-Mak, Fatin Afeefa misalnya, dia turut tidak terlepas daripada menerima direct messages (DM) menerusi Instagram terutamanya dari golongan lelaki.
Malah kongsinya kepada MH, di dalam pelbagai mesej yang diterimanya, dia tidak menafikan ada yang berbentuk ‘merepek’ dan berunsur lucah.
View this post on InstagramA post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on
Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini lebih senang untuk tidak ambil pusing.
“Saya akui banyak terima DM (Direct Message) dari peminat terutama kaum lelaki.
“Ada juga yang komen merepek, komen lucah dan saya rasa baik saya abaikan dan tekan button decline. Bila saya refresh, pasti akan masuk DM baru balik.
“Kadang-kadang mereka ini saja nak main-main. Malah, ada juga yang hantar pesanan memberitahu ada yang sedia jadi papa kepada anak-anak”, jelas Fatin lucu.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sebaliknya, dia lebih sebang andai pengurus yang mengendalikan teks-teks sedemikian.
“Apapun, saya ada minta pembantu untuk tapis semua DM dan serahkan padanya untuk kawal apa yang patut.
“Hanya perkara melibatkan kerja sahaja, saya akan bagi respon,” kongsi Fatin jujur.
Foto: Instagram Fatin Afeefa, Tuan Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI