“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.


 

Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri,” katanya.

Pada masa sama, bintang berusia 50 tahun itu turut menafikan pembabitan orang ketiga perihal kemelut rumah tangga yang menimpa pasangan tersebut dan menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah ketentuanNya.

Dedah Ziana lagi, sejak bebas daripada tahanan polis, Armin juga masih belum menghubunginya atau anak-anak.

“Firman Allah dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya.
 Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya,” ujarnya.

Ziana ditemui pihak media selepas hadir di majlis pelancaran album khas, Nada Seni Ritma Negara yang turut menampilkan lagu Kawan Setia dendangan Datuk DJ Dave.

Beberapa hari lalu, penyanyi terkenal itu baru saja menyambut ulang tahun kelahiran bapanya, Zain Abdullah.

Foto: Sumber Google dan Instagram Ziana Zain