Pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet akui sebak dengan pemergian pempengaruh, Man Kulim ‘Pening’ yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terkahir pada Selasa.

Menurut Lan, segala momen yang dilalui mereka selama ini bakal menjadi momen terindah dan dia juga berharap agar arwah Man Kulim ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet)

“Selamat pulang adikku Borhan a.k.a Man Kulim ke negeri abadi. Kini segalanya tinggal kenangan. Semoga segala amal baikmu menjadi penemanmu di sana,” tulisnya.

Luahan itu dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan Senario itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Ads

Pada masa sama, Lan turut memohon kepada semua pihak untuk menitipkan doa yang baik-baik buat arwah Man.

“Siapa yang tengok posting ni mohon hadiahkan AL-FATIHAH buat arwah. Arwah orang sangat baik,” kongsinya lagi.

Menerusi hantaran yang sama, Lan turut memuat naik sebuah video yang memaparkan momen mereka bersama sepanjang perkenalan.

Ads

Lan Pet Pet Ziarah Pusara Man Kulim

Malah, Lan turut sempat menziarah pusara Man Kulim pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet)

“Man semoga hang tenang di sana. Aku sayang hang man. Hang orang baik. Allah pin sayang hang,” kongsinya lagi.

Ads

Kebanyakan netizen turut bersedih atas pemergian Allahyarham Man Kulim ‘Pening’ yang pernah menceriakan orang ramai dengan aksinya yang bersaja.

Warganet turut meluahkan kesedihan di laman sosial sambil mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber: Instagram Lan Pet Pet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI