Uncategorized

Zizan Anggap Gurauannya Tidak Keterlaluan

Share

Heboh di media sosial ketika ini tentang isu di mana pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang dikatakan telah menyinggung perasaan seorang pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac sewaktu di majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke-29 tempoh hari.

Zizan berkata kepada sebuah sumber baru-baru ini, dia menggangap bahawa pengacaraannya pada majlis anugerah berkenaan yang berlangsung Sabtu lalu tidak keterlaluan.

Malah Zizan juga berkata, dia tidak menerima sebarang teguran tentang pengacaraannya daripada pihak produksi.

Baca juga: Gurauan Zizan Buat Hans Isaac Terasa?

Tambah pelawak ini lagi, sudah cukup baginya apabila dia dapat membuat penonton tergelak dan terhibur malah pihak produksi juga suka dengan perjalanan majlis pada malam itu.

“Saya juga tidak rasa apa yang saya sampaikan malam itu terlalu kasar dan penonton juga bijak menerimannya.

 

“Saya tidak bergurau berlebih-lebihan kerana apa yang saya cakap ditapis oleh pihak produksi. Mereka tidak cakap apa-apa pun,” ujarnya.

Pengacara FFM ke-29 ini juga turut berkata, sepatutnya perkara remeh temeh sebigini tidak patut diperbesar-besarkan oleh penonton dan apa yang perlu mereka lakukan adalah memberi tumpuan serta perhatian kepada para pemenang dan bukannya berkata perkara negatif yang berlaku.

Walau bagaimanapun pelakon utama filem Abang Long Fadil 2 ini berkata, setiap kritkan itu adalah sesuatu yang baik dan itu menandakan ramai penonton yang menonton program tersebut.

Sementara itu, Zizan juga menjelaskan tentang isu teguran pelakon lelaki, Afdlin Shauki yang mengkritik pemakaian spek mata hitam oleh Zizan pada malam anugerah tersebut.

Baca juga: ‘Mungkin Pasal Dia Superstar’ – Afdlin Shauki Tegur Zizan

Zizan berkata, mungkin Afdlin tidak memahami perjalanan majlis itu dan Zizan menerangkan dia hanya memakai spek mata hitam tersebut sekejap sahaja selepas membuat persembahan.

Sumber: Mstar Online

Published by
Izzati Ramli