Awal malam tadi, pelawak dan pelakon, Zizan Razak ada bertanya kepada lebih 5 juta pengikutnya menerusi Instagram mengenai apa model kamera yang sesuai dibawanya ketika bercuti.
Lalu, bintang asal Terengganu itu ada menggunakan aplikasi ‘Ask Me Question’ bagi membantunya mencari jenis kamera sesuai.
Bagaimanapun, semuanya bertukar menjadi suatu pertanyaan yang mencuit hati apabila rata-ratanya memberikan jawapan yang ‘masuk air’ dan humor.
Zizan turut berkongsi beberapa potong video jawapan netizen menerusi laman di Instagram.
Ads
“Sakit otak la aku kalau macam ni. Hahahah. Aduhh. Cramp perot la wehhh. Soalan pasal minta idea nk beli camera apa je. Macam macam dia kasi jawapan,” tulis Zizan
Yang penting, memang netizen pun tak kurang lawak dan kreatif apabila ada sahaja jawapan yang diberikan buat pelakon Polis Evo itu, salah satunya ialah ‘cam mera filzah’ sehingga mengundang gelak besar dari selebriti tersebut.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, ada juga netizen serta rakan artis yang cuma membantu Zizan dengan berkongsi beberapa jenis model kamera terbaik.
Penyanyi tersohor, Dato Sri Siti Nurhaliza diberi penghormatan apabila wajahnya dipaparkan di papan iklan digital terkenal di New York Times Square, Amerika Syarikat.
Penampilan Siti yang mewakili negara pada papan iklan berkenaan sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh jenama penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara dan penyanyi Anta Permana itu merupakan salah satu wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.
“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam industri hiburan, ini mungkin antara yang terindah buat saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini.
“Melihat wajah terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan. Saya sangat bersyukur diberi peluang ini seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini,” katanya.
Siti pada masa sama terus berazam untuk optimis memberikan yang terbaik buat semua peminatnya.
“Saya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya yang hebat. Saya juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian.
“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Jika anda berusaha tiada yang mustahil,” katanya lagi.
Siti Nurhaliza bukanlah satu nama asing buat rakyat Malaysia. Namanya bukan sahaja sudah dikenali di tanah airnya sendiri tetapi juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa bahagian lain di dunia.
Wanita asal Kuala Lipis ini mula mencuri perhatian selepas menyertai arena muzik tempatan pada tahun 1995. Sejak itu, suaranya yang luar biasa terus mencetus fenomena dunia hiburan sehingga dirinya dimartabatkan sebagai penyanyi nombor satu negara.
Dengan lebih 20 buah album, ratusan anugerah tempatan dan antarabangsa, aneka konsert mega termasuk persembahan gah di Royal Albert Hall di London, Siti Nurhaliza sememangnya layak menerima penghormatan ini.
Dirahmati dengan suara yang unik dan keperibadian yang menyenangkan, Siti yang kini bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata terus mengukuhkan kedudukannya dengan pembabitan dalam pelbagai projek profesional serta kebajikan serantau.
Siti juga menjadi bintang Malaysia kelima untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.
Menerusi Instagram, Siti turut menitipkan dedikasi bersempena dengan berita gembira berkenaan.
Awal semalam, pelakon Amyza Aznan ada berkongsi sedutan video tular melibatkan seorang lelaki, Muhammad Ashraf Hassan,29 yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu.
Menerusi video yang dikongsikan kembali daripada Instagtam Pencetus Ummah Amin, pelakon tersebut antara lain memohon agar semua mendoakan agar lelaki tersebut ditemui selain meminta orang ramai supaya kongsikan video berkenaan.
“TOLONG TUMPANG DOA DARI KALIAN UNTUK IBU INI… PLEASE! SAYU HATI IBU INI….SESUNGGUHNYA DOA DARI ORG2 YG TIDAK DIKENALI JUGA INSYALLAH MAKBUL,
REPOST LA JIKA DENGAN CARA INI KITA DPT MEMBANTU.
“HARI INI SUDAH HARI KE 11 ..MOHAMMAD ASYRAFF KAMI DOAKAN SEMOGA ANDA DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT DAN KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGA DENGAN SELAMAT,AMIN YRA,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, memetik laporan mStar, Ashraf yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung, Kampar, dekat Ipoh pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata peserta yang hilang itu dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang beralamat terakhir di Muar, Johor.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pagi semalam dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama.
Sementara operasi pencarian dijalankan, para pengikut Amyza di Instagram juga turut mendoakan agar misi pencarian berjaya dan mendoakan agar ibu mangsa tabah dan bersabar atas apa yang berlaku.
Foto : Instagram Amyza Aznan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jadual yang terlalu padat menyebabkan rutin hidupnya berubah 360 darjah.
Ayda Jebat juga tidak menafikan, komitmen kerja yang tak menentu ada ketikanya membuatkan diri rasa tertekan.
Malah, bintang terkenal ini turut terfikir untuk bertemu dengan pakar perubatan berhubung keadaan diri sekali gus mendapatkan nasihat.
Kata Ayda ketika ditemui pada sidang media Rexona #afreshstart, di Petaling Jaya pada Khamis, kesibukan sebagai selebriti ada kalanya membuatkan dia lebih gemar mengisi masa sendiri apabila berada di rumah.
“Its very pressure sebab hidup sebagai selebriti, kita bukan puaskan hati kita sendiri semata. Kita kena puaskan hati orang lainnya juga.
“Ada beberapa kali yang saya rasa seperti hampir alami depsresi.
“Sampai satu tahap, bila masuk toilet saya akan menangis kerana rasa betul-betul letih dengan apa yang berlaku,” kongsi penyanyi Temberang ini.
Walaupun demikian,dia tidak pernah terniat di hati untuk bersara dalam dunia hiburan pada masa sekarang.
“Meski ada situasi yang rasa tertekan, tetapi saya tidaklah pernah terfikir untuk bersara.
“Cuma ada ketikanya rasa down. Saya anggap itu normal. Saya betul-betul perlukan mood, setiap hari kena ada sesuatu yang buatkan saya jadi lebih bersemangat.
“Sebabnya, mahu semua sukakan apa sahaja yang kita buat bukan sesuatu yang senang,” ulas duta terbaharu Rexona ini lanjut.
Dikenali sebagai seorang periang, Ayda sekali berkongsi sisi hidupnya yang pernah alami tekanan.
“Ada satu ketika saya rasa tak boleh asyik nak bersedih. It’s a very good terapi bila menangis.
“Saya suka nangis bila masa saya penat. Bila balik kerja, saya dah tak sabar-sabar untuk menangis.
“Orang tengok saya seorang yang cheerfull dekat luar dan asyik gelak-gelak. Bila balik tu, saya akan menangis. Sambil mandi saya akan menangis.
“Kadang ada betulnya juga bila orang kata, jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis,” seloroh Ayda.
Paling penting, bintang ini tidak mahu tekanan menguasai diri. Sebaliknya, ada masanya dia memilih untuk berkongsi dengan teman terdekat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...