Penyanyi Zizi Kirana menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan dia dan suami, pelakon Yusof Bahrin telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama.
Lebih manis lagi, sehari sebelum bertolak pada pagi Selasa, penyanyi lagu Eh itu telah diraikan oleh suami dan ahli keluarga sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada Isnin lalu.
Melalui hantaran di media sosial, Zizi memohon kemaafan daripada semua kenalan dan mendoakan agar ibadahnya dan suami mendapat keredaan daripada Allah SWT.
“Assalamualaikum , InsyaAllah saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
“Kepada semua kenalan kami dekat ataupun jauh, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap dari kami.
“Moga kita semua dapat keredaan Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW InsyaaAllah,” tulis Zizi menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti turut mendoakan perjalanan pasangan suami isteri ini dipermudahkan sepanjang berada di sana.
“MasyaAllah, moga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik, mendapat umrah yang mabrur sahabat-sahabat,” tulis Fakrul UNIC.
“Semoga dipermudahkan segala urusan di sana dan mendapat umrah yang mabrur,” titip Azira Shafinaz.
“Umrah mabrur lovebirds,” komen Cik Manggis.
“MasyaAllah.. semoga Allah permudahkan urusan kalian di sana dan mendapat umrah yang mabrur,” titip Syura.
Sekadar info, Zizi berkahwin dengan Yusof pada 19 September 2021.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setia Menanti Dari Darjah 5, Akhirnya Ke Jenjang Pelamin
Inilah dinamakan jodoh, siapa sangka perkenalan sewaktu di bangku sekolah akhirnya membawa ikatan perhubungan itu ke jenjang pelamin.
Sungguh romantik apabila membaca kisah perkenalan pasangan yang dikenali dengan nama, Farhin Nadhira dan Zhafri Zaini.
Tular di media sosial ketika ini tentang kisah perjalanan cinta mereka. Kisah mereka ini dikongsi sendiri oleh Farhin menerusi akaun Instagramnya sendiri.
Manakala Zhafri juga turut memberitahu bahawa semenjak dari darjah lima lagi dia sudah menyukai Farhin.
“Dari darjah 5 aku suka dia!,” tulisnya.
A post shared by zhafrizaini (@jefzhafri) on
Jom kita baca sedikit kisah cinta mereka yang dikongsi oleh Farhin.
“Alkisahnya mula kat sk balok. Masa dajah 5. Jadi budak baru biasalah saham naik. Tak tahu cerita, kisahnya dia duk perati lama dah rupanya. Kahkah miang awal budak tu ? Masuk tahun 6 selalu kena kacau paling teruk dia lah pengacau tu.1st day masuk tahun baru tu dah kena dah. Tarik tudung tepuk dahi sekat kaki n mcm2 lagi. Dah kenapa budak ni cari pasal memanjang. Menyampah gila kot masa tu ? Mentang2 tinggi aku yang kemetot ni sedap2 dia buli. Tak kenal dia pun tapi dia ni lain mcm sikit. Kira manusia jenis yg hilangkn mood aku nak g sekolah. HAHA.
“Masa tu aku orang ejek dgn orang lain, dia dgn orang lain. Aku siap jadi posmen dia lagi. Last2 aku retired tugas tu sbb nampak dia makin lain mcm. Aku malas nk hadap dia dah. Menakutkan ! HAHA
“Dia acah2 popular jgkla kt sekolah masa tu sbb player football lah sangat. Masa dia pegi main bola kt jakarta hidup aku tenang setenangnya kt sekolah tu ? punya dasyat dia punya penangan. Bila dia balik terus datang balik gangguan hidup aku ? “Assalamualaikum, farhin ada ?”
“Tetiba msg kt fon ummi aku org cari aku. Kecohla kejap satu rumah bila tahu ada budak laki cari aku. Ummi pulak marah knapa bagi nom ummi kt orang. Budak laki pulak. Kecik2 jgn nak galok. Kena sebijik ! ?Tak puashati betul sbb mana dia dapat entoh nom ummi tu ?.
“Si pengacau ni tak habis kat situ. Hari2 msg dia masuk ulang ayat sama ? ” Assalamualaikum, farhin ada ?” Walaupun takde yang jawab dia tak putus asa. Hari2 lah mcm tu. Lama2 ummi try reply. ” waalaikumussalam. Ni sape ?”
“Mawi” “Artis tu ke?” “Hahaha..bukan.. ni kawan farhin kt sk balok. Nie sape mak dia ke ?”
“Oo knapa cari farhin? Ye ummi dia”
“Saje je m.cik..hehe lama tak tengok dia sbb saya baru balik dr jakarta”
“Jauhnya..pegi bercuti ke ?”
“Tak..g main bola”
“Jauhnya main. Tak cukup padang ke kt malaysia?”
“Hahahahaha..m.cik wat lawak”
“Ummi melawak n menyakat ingat dia serik. Rupanya makin dekat ? Tak menjadi plan ni ?
“Dan sejak hari tu ummi dgn bantuan kakyong @ayong_beautywithlovera layankan aje budak ni. Hari2 msg mesti mula ayat sama walaupun bkn aku yang layan. Aku just dengar cite dari ummi n k.yong je. Mcm tu lah hari2. Bila pegi sekolah aku buat tak tahu walaupun tiap kali sampai sekolah ada je muka dia tersengih2 tak kira tempat ??.
“Masa terus berlalu aku layan tak layan jela dia. Tp dia tak de nampak nak give up pun ? Hari2 msg aku kt nom ummi. Sbb aku mana ada fon masa tu.
“Bila time msg dia kami kongsi cerita 3 branak. Termasuk kakak aku. Sbb ummi jenis tak suka anak dia buat hal blakang2. Semua benda mesti share. Ummi tak nak halang anak2 dia berkawan tapi mesti ummi tapis. Nak2 anak pmpuan! Huhu
“Sbb tu bila start nampak aku dah terlayan sikit2 si mawi ( nama gelaran kt sekolah masa tu. Byk nama panggilan dia. Jef pon ye. Nama kat padang org panggil mawi. )
“Ummi call ibu lepas tahu dia guna tefon ibu. Ummi risau apa cakap org anak dara menggedik dgn anak jantan orang. Walhal msg gaduh2 ummi tu punya risau takut aku senyap2 menggedik. Haha. Mmg taklah! Sekali dgn tenang ibu jawab tahu kitorng kawan. Ibu jef cakap tak boleh nak halang anak2 ni. Takut sakit jiwa diorang. Hahahahaha sportingnya ibu !
“Tapi aku mcmtu lah. Serabut jgk la bila hari2 dia msg hari2 dia kirim salam. Time dia lepak (port dia n geng kat padang blakng umah aku je) padahal dia duk taman jauh sberang jalan. Dlm hati aku ckp mnyebok betullah ! Aku nak main kt padang je dia ada. Nampak hari2 dah pagi kt sekolah. Petang ada lagi. Kat sekolah kirim salam balik umah kirim salam. Korang ghase tak mcmna tahap gangguan yg aku terima? Serabut ya Rabbi ! HAHAHAHA.
Begitulah sedikit sebanyak kisah di awal perkenalan mereka dan bagaimana berputiknya cinta mereka.
Orang kata jangan benci takut nanti lama-lama suka. Itulah yang berlaku pada Farhin dan akhirnya mereka kini bergelar suami dan isteri berkat kesabaran dan usaha suaminya menanti gadis idamannya selama 12 tahun.
Semoga masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga dan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.
Sumber: Instagram Zhafri Zaini & Farhin Nadhira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Kurang Sihat & Tak Cukup Tidur Kerana Anak Meragam,” – Dah Mohon Maaf, Tajul Hampir Bertumbuk Dalam Studio Rakaman
Penyanyi Tajul Arif atau nama sebenarnya, Tajul Arif Nood Md Shari,22, menyifatkan perkahwinannya bersama isteri, Nurul Shamieza,24, sejak tiga tahun lalu menjadikan hidupnya lebih teratur.
Malah kehadiran puteri sulung mereka, Adriana Carisa yang kini mencecah usia setahun dua bulan turut menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk terus membina nama dalam kerjaya seni.
“Alhamdulillah hidup saya kini lebih teratur dan bahagia, sejak ada anak ni saya rasa lebih bersemangat untuk tingkatkan kerjaya saya, saya nak isteri dan anak saya rasa hidup senang dan selesa,” katanya.
Mula bergelar sebagai anak seni di tahun 2016 hingga kini, Tajul telah menghasilkan hampir 10 buah lagu termasuk lagu solo, duet dan lagu raya.
Terkini, Tajul telah pun muncul dengan single Izinkan Aku dan buat pertama kalinya Tajul menyanyikan lagu ciptaan pendatang baru, Tuah Adzami.
Lagu yang berkisarkan tentang cinta berentak balada ini turut mendapat sentuhan lirik dari tajul sendiri.
Namun ada sesuatu kejadian yang berlaku di sebalik tabir sewaktu rakaman vokal sedang di jalankan.
“Sebenarnya saya taknak sebut tentang hal ni, sebab saya tak suka besar besarkan perkara yang remeh.
“Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap profesional,” jelas Tajul.
Khabarnya, telah berlaku selisih faham antara Tajul dan Tuah Adzmi sewaktu sesi rakaman berlangsung.
Malah, keduanya dikatakan saling bertikam lidah dan hampir tumbuk menumbuk.
“Ya saya mengaku ada silap saya, tetapi bila dia taknak faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh terima.
“Kebetulan saya kurang sihat dan tak cukup tidur kerana malam sebelum tu anak saya meragam.
“Sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman tu berlangsung,” katanya lagi.
Atas hal yang berlaku, Tajul hampir meninggalkan studio kerana terlalu berang dengan sikap Tuah Adzmi.
“Saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sessi rakaman tetapi beliau tetap memaksa saya selesaikan rakaman vokal dan mengeluarkan kata-kata yang tak sedap saya dengar.
“Ia mencabar tahap kesabaran saya, apa pun setelah dileraikan dan wakil FMC ada menghubungi, pergaduhan kami tamat di situ.
“Malah saya juga sudah pun minta maaf pada Tuah. Saya amat menyesali atas apa yang berlaku, dan mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi” katanya.
Walaubagaiman pun, proses rakaman dapat diselesaikan setelah beberapa jam berikutnya.
“Sudah nak masuk tahun baru, tambahan pula saya kini suami orang dan bergelar ayah, jadi saya tidak mahu perkara negetif mengganggu hidup dan perjalanan kerjaya saya.
“Apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua,” akui Tajul yang turut mengharapkan agar single terbarunya itu diterima baik peninat.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantik Muka Kau…Sedihlah Korang,” – Micheal Ang Beri Respon Isu Ada Anak Minta Habuan Bila Dapat A
Baru sahaja tamat persekolahan tahun 2019 dan keputusan peperikaaan akhir tahun, Micheal Ang memuat naik rakaman video yang memberi pandangan perihal anak-anak yang menuntut habuan atas kecemerlangan dalam akademik.
Jelasnya lagi, ibu bapa sudah berkorban dalam kehidupan demi membesarkan anak-anak dan mengapa perlu dibebankan lagi dengan hadiah sebegini.
“Salam semua. Video Ini Di tuju khas untuk nephew dan nieces aku Dan jugak adik adik luar sana yg mengharapkan ibubapa bagi wang ringgit, phone mahal2 Dan hadiah mahal mahal kalau dapat banyak A dlm pemeriksaan! Sedar diri sikit! Luv u all!!!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lalu, pengarah ini ada menegaskan, anak-anak menuntut ilmu adalah untuk kebaikan di masa depan.
“Hari ini tergerak hati untuk buat video untuk budak-budak yang tengah belajar ke nak ambil SPM ke.
“Janganlah mengharapkan kalau belajar pandai, ibu bapa kena beri hadiah. Korang ingat korang siapa? Kau tahu apa mak aku cakap bila aku minta hadiah kalau dulu?
“Aku dah besarkan kau, bagi kau makan. Sekarang kau belajar pun aku kena bagi hadiah? Cantik muka kau?
“Kau belajar pandai-pandai tu untuk diri kau sendiri sampai kau tua. Takkan sampai kau tua nak kena tanggung lagi. Sedih hidup korang.
“Kalau kau nak belajar, kau belajar. Kalau tak nak, sedih hidup korang. Bila kau besar, jadilah sampah masyarakat. Jangan cari aku.
“So ini untuk budak-budak dekat luar sana, belajar untuk diri kau sendiri. Bukan untuk mak bapa korang.
“Mak bapa dah besarkan dan bagi makan, cukuplah. Ini korang belajar dan dapat banyak A, aku kena bagi kau hadiah? Cantik muka kau. Sedihlah korang,” katanya menerusi video yang dikongsi di laman Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Kata-kata pengarah Sweet Dreams ini mendapat respon pelbagai.
Foto : Instagram Micheal Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI