Zizi Kirana Berangkat Tunai Umrah Dengan Yusof Bahrin

Share

Penyanyi Zizi Kirana menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan dia dan suami, pelakon Yusof Bahrin telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama.

Lebih manis lagi, sehari sebelum bertolak pada pagi Selasa, penyanyi lagu Eh itu telah diraikan oleh suami dan ahli keluarga sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada Isnin lalu.

Melalui hantaran di media sosial, Zizi memohon kemaafan daripada semua kenalan dan mendoakan agar ibadahnya dan suami mendapat keredaan daripada Allah SWT.

“Assalamualaikum , InsyaAllah saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.

“Kepada semua kenalan kami dekat ataupun jauh, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap dari kami.

“Moga kita semua dapat keredaan Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW InsyaaAllah,” tulis Zizi menerusi ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti turut mendoakan perjalanan pasangan suami isteri ini dipermudahkan sepanjang berada di sana.

“MasyaAllah, moga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik, mendapat umrah yang mabrur sahabat-sahabat,” tulis Fakrul UNIC.

“Semoga dipermudahkan segala urusan di sana dan mendapat umrah yang mabrur,” titip Azira Shafinaz.

“Umrah mabrur lovebirds,” komen Cik Manggis.

“MasyaAllah.. semoga Allah permudahkan urusan kalian di sana dan mendapat umrah yang mabrur,” titip Syura.

Sekadar info, Zizi berkahwin dengan Yusof pada 19 September 2021.

 

Published by
Juliana Johar