Selepas sekian lama tidak muncul di khalayak ramai, penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa terujanya apabila mendengar khabar tentang kemungkinan kemunculan semula penyanyi rap dan penulis lagu terkenal, Malique.
Menurut Zizi, bukan sahaja peminat, malah rakan-rakan artis yang pernah berkerjasama dengan Malique juga pasti merindui kehadiran figura tersebut di pentas persembahan.
“Kalau betul dia nak buat comeback, memang ‘love’ sangat. Ramai yang memang menanti-nantikan kemunculan semula Malique.
“Lagipun, rasanya sudah berbelas tahun dia tidak muncul atau membuat persembahan di khalayak ramai,” katanya kepada MH.
Petunjuk Kemunculan Semula Malique?
Kebelakangan ini, nama bekas anggota kumpulan Too Phat itu kembali menjadi perbualan selepas Iman Tangyang juga promoter konsert, memuat naik gambar di studio rakaman milik Malique, Qarma Studios.
Ads
Lebih mencuri perhatian, Malique juga dilihat telah membuka akaun Instagram sendiri, satu langkah yang jarang dilakukan oleh penyanyi yang dikenali dengan sifat privasinya.
Malah Zizi mengakui, ini bukan kali pertama dia mendengar Iman Tang cuba membawa Malique kembali ke pentas.
“Saya sampai hantar mesej kepada Abang Iman Tang. Saya tanya betul ke nak bawa Malique keluar? Iman Tang pun sebelum ini sudah pernah propose projek kepada Malique.
Ads
“Dia sanggup bayar RM1.5 juta sehingga RM2 juta pada 2019. Mungkin ketika itu Malique belum betul-betul bersedia.
“Jika dia sudah memberikan ‘hint’ seperti ini, kita tunggu sahajalah,” ujarnya lagi.
Malique Tidak ‘Hilang’
Ads
Bercakap mengenai kehidupan terkini Malique, Zizi menjelaskan penyanyi itu tidak ‘menghilang’ seperti yang disangka ramai, sebaliknya menjalani kehidupan seperti orang biasa.
“Dia masih menjalankan rutin seperti manusia biasa. Dia juga ada pergi ke kedai, beli barang dapur dan hantar anak ke sekolah.
“Kalau betul-betul dia nak keluar semula, kami memang menanti-nantikan. Kami pun sudah lama pujuk dia untuk comeback. Ramai yang nak tengok Eminem Asia kembali beraksi.
“Jika dia putuskan untuk muncul sekarang, mesti ada sebab dia buat sebegitu. Kita doakan semoga Malique akan adakan konsert. Saya tak sabar nak tonton,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
I Pewaris takhta Johor, anakanda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat menerima kelahiran seorang lagi putera raja.
Khabar gembira tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook Tengku Mahkota Johor, yang memaklumkan berita gembira, YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang putera.
“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan.
“Alhamdulillah. HH Che Puan Khaleeda safely delivered a Prince. Allah Peliharakan Sultan,” tulis akaun Facebook selain di Instagram.
Untuk rekod, sebelum ini TMJ dan Che Puan Khaleeda telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tunku Kalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim.
Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014.
Tunku Kalsom Aminah Sofiah Tunku Ismail dilahirkan pada 25 Jun 2016 sementara putera sulung, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail pula dilahirkan pada 14 Oktober 2017.
Foto : Facebook TMJ, Instagram TMJ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman atau mesra disapa Cik Man ada berkongsi foto tatkala dia menziarahi pusara ibunya, Fatimah Taat.
Malah, Azman atau nama penuhnya Azman Syah bin Alias turut mengimbau kembali kenangan bersama arwah ibunya terutama perihal makanan kegemaran.
“Aku takut kehilangan, semua orang takut kehilangan,
“Tapi bila Allah takdirkan sebuah kehilangan, rupanya Allah nak anugerahkan sebuah rasa. RINDU. Rindu yang menyingkap kenangan,
“Masa Mak ada dulu, dia masakkan lauk kegemaranku. Masak lemak cili api tenggiri, sambal ikan selar dan sayur goreng tanpa seafood.
“Sekarang ni akak yang selalu masakkan untuk aku. Persis masakan Mak.
“Aku dibesarkan oleh beberapa wanita agung. Mak panggil aku adik. Kalau dia mengamok, dia panggil nama penuh.
“Dulu kalau mak naik hantu, dia kejar aku dengan rotan. Aku cari meja. Berlari keliling meja. Akak akan back up.
“Dulu kalau nak tinggalkan Mak masa nak balik rumah aku, Mak akan berdiri di muka pintu sambil lambai aku. Sampai hilang dari pandangan, dia masih berdiri dengan tenaga tuanya.
“Sekarang ni Mak yang tinggalkan aku. Macam nak masuk dalam perut Mak balik. Taknak pergi ke mana-mana,” kongsi Azman.
Dalam pada itu, Azman sentiasa mendoakan arwah ibunya.
“Sekarang ni, kalau nampak wanita wanita tua, memang aku jatuh sayang, sebab teringat mak. Aku anggap mereka macam mak aku. .
“Harapan aku tinggi. Nak jumpa mak di Sana. Tapi tak tahulah ke mana Tuhan letak aku nanti. Tapi selagi masih hidup, aku cuba usaha terbaik untuk diri sendiri dan doa terbaik untuk mak.
“Aku pun tak pasti Mak tahu ke tak yang kat tengkuk aku ada taik lalat.
“Sekarang ni aku masih ada Abah. Mak jangan risau Mak, Abah takder awek lain,” kongsi Azman lagi.
Penyanyi Atilia Haron mengakui dia pernah terasa hati dengan industri seni tanah air kerana beranggapan bakatnya seolah-olah kurang dihargai dan selalu dipinggirkan.
Malah situasi yang...