Hujung-hujung minggu ni, MH ada terbaca cerita mengenai seorang pelakon lelaki yang kononnya ‘menyukai’ sifat yang ada pada penyanyi terkenal Siti Nordiana.
Pelakon yang dimaksudkan itu adalah Zoey atau nama sebenarnya Hairey Azhar Abd Rahman yang terkenal dengan wajah jambu ala pelakon Korea.
Walaupun tidak pernah mengaku perasaan sebenarnya, namun ramai peminat terutamanya pengikut perkembangan kedua selebriti ini menjadi teruja apabila mereka berdua mengerjakan umrah bersama pada 6 Disember yang lalu dan hubungan mereka dikatakan semakin rapat.
Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro baru-baru ini, Zoey sebenarnya menyifatkan penyanyi Bola-Bola Api itu hanya sekadar memiliki ciri-ciri wanita idamannya.
“Sebagai lelaki, memang akan mencari wanita yang memiliki sikap lemah lembut, penyayang, sopan santun dan bertanggungjawab pada keluarga untuk dipilih sebagai teman hidup.
“Kalau dilihat pada peribadi Nana, memang dia memiliki semua kriteria itu. Cuma, kenyataan saya tidaklah dituju pada Nana seorang tetapi secara umum buat wanita lain juga,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, dia sangat terbuka untuk bercerita soal jodoh jika ditanya namun tidak berniat untuk mencanangnya.
Baginya, setiap peminat mempunyai pandangan namun cukup sekadar setakat ini hubungan mereka hanya dianggap sebagai kawan baik, sekirannya sampai seru jodoh, mereka tidak akan berahsia.
Sebenarnya hubungan persahabatan mereka telah terjalin lama sejak zaman remaja, malah Zoey juga pernah berlakon dalam video klip nana beberapa kali. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka berdua kelihatan rapat.
Lagi pula Nana pernah memberitahu pihak media yang dia akui tidak mempunyai ramai kawan lelaki. Jadi mungkin kerana itulah mereka kelihatan agak rapat.
SUMBER : Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI