
Pelakon Zul Ariffin turut berlepas ke Jakarta bagi melawat pusara rakan selebritinya, Allahyarham Ashraf Sinclair di tanah perkuburan San Diego Hills, Jakarta Barat.
Bintang asal Malaysia itu meninggal dunia pada pagi Selasa dipercayai akibat serangan jantung.
Zul ada berkongsi momen tersebut menerusi Insta Stories, awal semalam.
Terdahulu, Zul dan Ashraf pernah bergandingan sama menerusi filem aksi sekuel, J Retribusi.
Difahamkan, kedua-dua bintang berkenaan telah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun dahulu, di mana usia mereka 17 tahun.
Zul akan kembali tampil membawa watak Jay Zulkarnain seperti dalam J Revolusi yang diterbitkan pada 2017. Namun kali ini, dia tidak lagi bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK).
Sebaliknya, watak Jay akan lebih dikembangkan serta menjadi pengawal peribadi kepada seorang anak orang berada.
Foto: Instagram Zul Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maaf Zahir Batin,”- Bagaikan Sudah Tahu Ajalnya, Allahyarham Pernah Ada Isu Sama Instafamous Norreen Fasal…

“Ya saya maafkan awak,” itu antara ayat terakhir bintang virtual, Norreen dengan seorang individu dikenali sebagai Ammin Jalil.
Bagaimanapun, kisah di antara keduanya cukup menarik apabila diketahui, Allayharham Ammin sempat meminta maaf atas isu yang pernah berlaku dengan ibu beranak satu itu.
Malah difahamkan, Allahyarham telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan di Port Dickson,Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
“Alfatihah buat saudara @iamminJalil . Dia baru meninggal dunia, accident di PD. Dia bukan kawan aku, tapi kami ada mengalami sedikit ketegangan dengan sebelum ni sebab arwah rt aku, tapi dia mintak maaf dengan aku and aku tak anggap benda tu perkara berat pun. Cumanya aku trkjut,” tulis Norreen.
Tambah Norreen, dia mendapat berita tersebut dari seorang rakan Allahyarham.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu jam 7.20 pagi.
Alfatihah dan salam takziah buat seluruh famili Allahyarham.
Twitter : Norreen, Ammin Jalil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kadang Yang Kat Lokap Lagi Smart Dari Laki Dia,” – Kalau Dah Jodoh…Mamat Sepah Terharu Isteri Terima Lamaran

Mendirikan rumah tangga pada 1 Mac lalu, sehingga kini pelawak, Mamat Sepah tidak menyangka apabila disatukan dengan isteri yang memiliki ‘pakej’ lengkap.
Kongsi Mamat, dia terharu apabila isterinya, Diana Ibrahim menerima lamarannya sebagai penyeri hidup.
“Mcm langit dan bumi.. Di sudut hati isteri sya msti mikir kan nape la laki dia mcm ni,msti dia xpnah tpikir akn bkawin dgn lelaki rambut panjang mcm saya.
“Yela sekeliling kt tmpat keje dia sume org yg smart dan berdisplin,balik je umah jmpe laki rambut mcm org kt lokap,kadang yg kt lokap tu lg smart dri laki dia..dia kna trima hakikat kawin dgn rockers sejati.
“Sape sruh awk terima pinangan saya dlu????…pdan muka ko dpt laki rambut sama panjang. Luaran tidak mnjanjikan ape2…yg penting???? Tolong sambung,’ tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on
Lantas, Diana yang berkhidmat di sektor kerajaan sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam itu telah meninggalkan komen.
“Masa awak pinang saya.. Rambut u pendek,” balasnya.
Terdahahulu, Mamat dan Diana bernikah pada 1 Mac lalu di kediaman pihak lelaki di Kulai, Johor.
Diana turut menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin.
View this post on InstagramA post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on
View this post on InstagramBesar amanah nya… • Official Photo by @loav.film Official Video by @loav.film
A post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on
Foto : Instagram Mamat Sepah, Diana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuib Mohon Maaf Isu Dedah Kisah Lama Ketagih Main Judi – “Saya Sedar Kadang-Kadang Niat Tak Menghalalkan Cara.”

Pelawak dan usahawan Shuib memohon maaf atas keterbukaannya berkongsi kisah silam yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan, sebelum ini.
Akui khilaf, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, berkata, niatnya hanya untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.
“Sebenarnya saya tak mahu membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan sebaliknya. Namun, kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.
“Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.
“Saya juga sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam,” katanya.
Shuib bagaimanapun berharap orang ramai dapat menonton podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie sebelum menghukum.
“Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.
“Kisah ini pula dilakukan oleh orang yang dikenali sekali gus lebih dekat untuk orang terima. Kalau ikutkan ramai penonton yang meninggalkan komen positif termasuk berkongsi pengalaman mereka yang serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa ini.
“Cuma apabila sebahagian video ini tular di media sosial dan terdapat portal berita yang meletakkan tajuk yang tergantung, jadi mula lah orang bercakap fasal saya buka aib sendiri sedangkan Allah dah tutup aib saya.
“Tapi kalau lah mereka boleh pergi ke YouTube dan menonton podcast itu dari awal sebenarnya kami sudah meletakkan ‘peringatan’ supaya tidak terikut dengan gejala ini dan perkongsian ini bertujuan memberi pengajaran,” katanya lagi.
Terdahulu, Shuib menerusi podcast Dol’s Podcast mendedahkan, dia pernah terlibat dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan suatu ketika dahulu.
Kongsi Shuib, dia juga pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000 dan kemudian bertekad meninggalkan tabiat negatif itu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI