Zul Ariffin Berlepas Ke Jakarta Lawat Pusara Allahyarham Sahabatnya, Ashraf Sinclair

Share

Pelakon Zul Ariffin turut berlepas ke Jakarta bagi melawat pusara rakan selebritinya, Allahyarham Ashraf Sinclair di tanah perkuburan San Diego Hills, Jakarta Barat.

Bintang asal Malaysia itu meninggal dunia pada pagi Selasa dipercayai akibat serangan jantung.

Zul ada berkongsi momen tersebut menerusi Insta Stories, awal semalam.

Terdahulu, Zul dan Ashraf pernah bergandingan sama menerusi filem aksi sekuel, J Retribusi.

Difahamkan, kedua-dua bintang berkenaan telah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun dahulu, di mana usia mereka 17 tahun.

Zul akan kembali tampil membawa watak Jay Zulkarnain seperti dalam J Revolusi yang diterbitkan pada 2017. Namun kali ini, dia tidak lagi bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK).

Sebaliknya, watak Jay akan lebih dikembangkan serta menjadi pengawal peribadi kepada seorang anak orang berada.

Foto: Instagram Zul Ariffin

Published by
MH