Selepas hampir enam tahun menceburkan diri didalam industri seni tanah air, pelakon meningkat naik, Nellissa Nizam mengakui teruja selepas diberikan kepercayaan untuk membawakan watak sebagai heroin menerusi drama, Tarik Aku Ke Syurga.
Meski drama tersebut belum ditayangkan, namun, nama Nellissa sudah pun hangat diperkatakan gara-gara perkongsian babak-babak mesranya bersama hero yang juga merupakan aktor popular, Zul Arifin menerusi laman Instagram miliknya.
Bercakap kepada media, Nellissa memaklumkan segala adegan-adegan mesra tersebut hanyalah sekadar memenuhi tuntutan watak semata-mata.
Lantaran itu, Nellissa memberitahu, dia enggan terlalu mengambil kisah mengenai pandangan orang lain.
“Pada saya itu hanyalah sekadar hebahan bagu penonton tahu mengenai drama terbaru kami. Saya boleh katakan, drama ini sangat best dan berbeza dengan naskah-naskah lain.
“Ada juga yang dm tapi saya jenis yang tak baca pun komen-komen negatif ni. Jadi saya tak terkesan.
Ads
“Mereka juga tegur bila tengok posting-posting saya itu. Tapi apa yang ingin saya katakan di sini, segala babak mesra yang saya tunjukkan itu adalah ketika sesi pengambaran sahaja.
“Semua ketika tengah on set. Tiada pun adegan-adegan mesra itu dibuat ketika kami di luar. Dekat luar kami tidak berpegang-pegang pun. Semuanya adalah tuntutan kerja semata-mata,” katanya kepada MH.
Nellissa ditemui media di majlis tayangan perdana filem, The Disappearance Of Irdina Adhwa yang berlangsung di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, bintang berusia 24 tahun ini menyifatkan Zul sebagai seorang pelakon senior yang sangat baik dan banyak memberikan tunjuk ajar kepada dirinya.
Ads
“Di set, Zul seorang yang sangat pemurah. Suka belanja semua orang. Dia pun suka buat lawak dan semua orang sangat senang dengan dia.
“Dia adalah hero yang baik buat saya. Memandangkan saya pula merupakan pelakon baru. Sangat berbeza perasaannya bila sebelum ini hanya bawa watak sampingan tetapi kini jadi heroin.
“Saya memang ada rasa sedikit tertekan tapi dia banyak tolong saya. Saya tak berdebar dengan barisan pelakon tatapi saya risau nak pikul tanggungjawab sebagai heroin ini,” kongsinya lagi.
Ketika ramai yang cuba menjodohkan Nellissa dan Zul memandangkan kedua-dua mereka masih lagi belum berpunya, Nellissa mendedahkan dia enggan meletakkan sebarang harapan.
Ads
“Orang lain bebas untuk berkata apa sahaja. Saya langsung tidak mengharapkan apa-apapun. Kalau ada, adalah. Kalau tidak pun tak mengapa,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Nelissa berasa amat bersyukur selepas diberikan kepercayaan untuk melakonkan filem ‘thriller’ pertamanya.
Menerusi filem ini, Nellissa digandingkan dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Josiah Hogan, Syazuwan Hassan, Alicia Amin, Bulan Terry dan ramai lagi
The Disappearance Of Irdina Adhwa dijadualkan bakal ditayangkan bermula 24 Februari ini secara langganan menerusi saluran Astro First.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit foto: Instagram Nellissa Nizam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru pelakon Mawar Rashid telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya menerusi entri terkini.
Kongsi pelakon yang berusia 23 tahun itu, dia kini sudah pun selesai tempoh berpantang dan bersemangat untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu.
“Alhamdulillah dah abis pantang! Hari ni first time matchy2 with my SON. Stripes day! /// Omg macam tak percaya sekarang dah ada anak lelaki sorang. Syukur Alhamdulillah.”
“Tengok la si Raden kecik ni, baru 44 hari badan dia dah semangat sangat da, Mommy dia pulak kecik cinonet je . Dah best da nak pegang & angkat sebab kuat dah badan dia. @radenrafaelraf”tulisnya.
Di samping itu, peminat memuji Mawar yang kelihatan sangat comel bersama anaknya.
Malah, ada juga peminat yang mendoakan kesejahteraan Mawar sekeluarga.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael.
Syafiq Kyle tidak bersetuju mengenai sesetengah pendapat yang mengatakan ‘saham’ atau populariti seseorang artis itu akan mulai menurun sekiranya mereka secara terbuka mengakui sudah mempunyai kekasih hati.
Malah kongsinya kepada MH, peminat sebenarnya meminati seseorang artis itu daripada pelbagai sebab dan cara.
“Rasanya saya punya peminat hadir apabila saya mempersembahkan kualiti lakonan yang baik, mungkin ada juga yang minat kerana fizikal.
“Atau mungkin kerana selepas berlaku sesuatu yang sensasi terhadap diri saya. Mungkin sebab apa saya pun tak pasti.
“Akan tetapi apa yang saya nampak, peminat yang masih setia dengan saya adalah mereka yang gemarkan lakonan saya. Merekalah yang masih ada dengan saya dari dulu hinggalah sekarang.
“Jadi pada rasanya, merekalah peminat yang berkualiti. Akan tetapi saya pun tak menafikan, mereka pun terdiri daripada peminat artis-artis lain juga,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, bintang drama bersiri, Bukan Cinta Aku di samping Janna Nick, dan Baim Wong turut menjelaskan, apa yang lebih penting adalah peminat yang mempunyai kualiti tersendiri.
“Saya ambil contoh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kenapa orang kata dia nombor satu, sebab dia ada kualiti dan begitu juga dengan para peminatnya.
“Lalu apa yang saya minta peminat lakukan ialah semoga mereka hargai saya punya kerja. Tetapi dari segi mereka untuk tahu perihal kisah peribadi, rasanya saya perlu juga berikan kerjasama dengan orang yang meminati saya.
“Cuma apa yang boleh kongsi mengenai kisah peribadi, hanya setakat itu sahajalah sebab saya pun tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan,” terangnya lagi.
Syafiq berkata demikian sebagai menjelaskan perihal hubungannya sama pelakon yang kian meningkat naik namanya, Mimi Lana.
Bintang cantik tinggi lampai itu turut sama terlibat di dalam Bukan Cinta Aku, mendukung peranan sebagai Qisha selain berganding sama menerusi filem Pusaka.
Foto: Instagram Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi, Safiey Illias sebentar tadi ada memuat naik satu posting yang dirakam bersama bapanya.
Sambil menyatakan rasa sayu, penyanyi Apa Salah Syinta ini turut memaklumkan rasa nikmat apabila dapat menunaikan solat Subuh bersama yang tersayang.
“Nikmatnya dapat pergi jumaah Subuh dengan ayah. Sedih pun ada,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, Safiey kini berada di kampung halamannya di Pahang bagi mengisi masa curi sempena Raya Korban.
Sementara itu, apabila menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif selain mendoakan agar Safiey kembali dibukakan hati untuk terus melakukan kebaikan.
Foto: Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!