Pelakon Zul Ariffin selesai menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zul atau atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin memuat naik fotonya di hadapan Kaabah beserta kapsyen ringkas, “Selesai.”
Pelakon filem Sangkar itu juga turut memuat naik video fotonya bersama Allahyarham ibu, yang mana dia mendedikasikan ibadah yang dilakukan itu buat ibunda tercinta.
Rata-rata peminat Zul mendoakan agar ibadah umrahnya mabrur selain ramai mengatakan wajah pelakon berusia 36 tahun itu kelihatan berseri-seri sepanjang berada di Tanah Suci.
“Alhamdulillah, moga mendapat umrah yang mabrur.
“Alhamdulillah, Zul Ariffin telah menjadi antara insan pilihan Allah menjejakkan kaki ke kota suci Mekah. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Amin.
“Alhamdulillah, the most beautiful place in the world.
“MasyaAllah berseri-seri wajah. Alhamdulillah.
“Sejuk mata memandang,” komen beberapa netizen.
Sebelum menunaikan umrah, Zul terlebih dahulu singgah di Doha, Qatar dan Dubai untuk urusan kerja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zul Ariffin