
Teka-teki terjawab sudah apabila Zul Huzaimy diumumkan sebagai juara program realiti, All Stars Buka Panggung (akhir) malam ini.
Malah, Zul berjaya menewaskan tiga peserta yang turut beraksi di pentas akhir iaitu Noorkhiriah, Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini.
Ia menjadikan Noorkhiriah sebagai naib juara, Datuk Aaron Aziz di tempat ketiga dan tempat keempat Rita Rudaini.
Zul yang dinobatkan sebagai juara membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 dan trofi.
Naib jura membawa pulang RM25,000,tempat ketiga RM10,000 dan tempat keempat membawa wang tunai bernilai RM5,000.
Kesemua mereka turut membawa pulang sebuah trofi.
Program yang menggunakan tagline ‘Katakan Tidak Pada Skrip’ ini bersiaran secara langsung di Royal Theatre,Shah Alam yang dihoskan oleh Ajak dan Shahrol.
Penjurian bagi program ini adalah 100 peratus undian penonton secara online.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Bekas Teman Lelaki Saya 12 Tahun Dulu Dan Kini Kami Kembali Bersama,” – Zarina Anjoulie Bercinta Lagi

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Mendedahkan dirinya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang individu yang sebaya dengan usianya dan sudah mengenali lelaki itu lebih lebih 10 tahun lalu.
Zarina atau mesra disapa Anju bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan mengenai identiti teman lelakinya itu kerana bimbang sekiranya hubungan cinta mereka terkandas di pertengahan jalan.
“Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan identiti dia buat masa ini. Ini kerana andai hubungan kami tidak menjadi, nanti saya juga yang akan dapat malu.
“Tunggu sampai nak berkahwin nanti, saya akan maklumkan dan memberikan jemputan,” katanya ketika di ditemui pada majlis pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Bangi, baru-baru ini.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini menambah, dia kini selesa bercinta dengan seseorang yang sudah dikenali berbanding orang baharu yang disifatkan hanya mahu menumpang popularitinya.
“Terus terang saya agak serik untuk berkenalan dengan lelaki baharu kerana anda dapat melihat sebelum ini, beberapa lelaki yang mendekati saya hanya ingin mengejar populariti.
“Jadi, disebabkan itu saya pilih untuk bersama dengan orang yang pernah saya kenali sebelum ini. Saya juga sudah penat untuk mengenali orang baharu dan memulakan semuanya dari awal.
“Lagi pun lelaki ini ialah bekas kekasih saya dulu. Usia kami sebaya dan hubungan tersebut putus sekitar 12 tahun sebelum kami bersama semula,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Zarina turut mengakui si dia banyak menasihati agar dia tidak terlalu lantang, terutamanya di media sosial.
“Kekasih saya minta kalau boleh jangan terlalu lantang. Dia selalu nasihatkan saya agar menjaga tingkah laku dan kata-kata.
“Dia bimbang sekiranya ada perbuatan atau kata-kata saya mungkin akan mengguriskan perasaan orang lain atau membuat mereka berkecil hati.
“Pelbagai lagi nasihat yang dia berikan kepada saya dan saya boleh bertolak ansur dengan lelaki sekiranya dia seorang yang baik.
“Jadi apabila kita ingin menghargai orang itu, bagi saya kita perlu saling menghormati. Jika dia ingin saya hormat dia, dia juga perlu hormat pada saya?,” katanya yang kini kembali aktif dalam dunia lakonan.
Sebelum ini, pelakon filem Don Dukun itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi bercerai pada Disember 2016.
Dalam perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lapan tahun.
Kemudian Zarina berkahwin dengan Eilyas Azhar pada 17 Julai 2020 di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada Februari 2021. Mereka kemudian rujuk semula, namun kembali bercerai kira-kira dua bulan kemudian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar!

Pasangan raja sehari, Isa Khan dan isterinya Risteena bersyukur akhirnya mereka selamat disatukan sebagai suami isteri dan majlis akad nikah berjalan sempurna pada pagi Jumaat.
Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkata, majlis akad nikah yang diadakan Masjid Tunku Sultan Mizan Abidin, Putrajaya itu hanya dihadiri kira-kira 15 tetamu iaitu ahli keluarga sahaja.
Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia juga memberikan wang hantaran kepada Risteena berjumlah RM32,000 sebagai simbolik usia isteri tercinta.
“Alhamdulillah… akhirnya kami selamat diijab kalbulkan pada pagi tadi di Masjid, Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi. Ikutkan perancangan kami memang nak bernikah pada tahun lalu tapi PKP pula. Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Acara akad nikah tadi pun mengikut SOP dan hanya 15 orang sahaja tetamu iaitu ahli keluarga. Untuk kahwin saya beri RM1000 manakala wang hantar RM32,000.
“Ikutkan kita nak buat majlis tahun lepas, ketika itu Risteena berusia 32 tahun jadi jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usianya. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga, saya tunaikanlah janji,” kata Isa.
Sementara itu, Risteena yang setia di samping suami mengakui masih belum percaya sudah bergelar isteri orang.
“Sampai sekarang, masih tidak percaya. Malah saya cakap dengan Isa, kita dah berkahwinlah. Kiranya ini aturan Allah sebab selama ini menantikan bila tarikh sebenar, rupanya inilah masanya.
“Bila sampai ke masjid untuk dinikahkan, ya Allah … berdebar. Sampai saya cakap kata keluarga adakah perasaan ini normal? Bila semuanya sudah selesai, saya makin lega alhamdulillah,” dedah Risteena.
Pasangan selebriti ini ditemui ketika majlis resepsi yang diadakan bersama rakan media dan keluarga terdekat di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur malam tadi yang turut berlangsung dalam norma baharu.
Terdahulu, pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin dan pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, selain menerima mas kahwin bernilai RM1,000.
Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, bagaimanapun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.
Mereka sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.
Bercakap mengenai soal cahaya mata, pasangan sama cantik sama padan ini tidak menolak rezeki andai dikurniakan zuriat awal.
“Perancangan cahaya mata… kitaorang kalau boleh terus nak ada anak. Kalau ada rezeki, insyaAllah. Kalau boleh nak dua tiga orang anak. Kembarlah… ,” seloroh Isa yang turut mengakui dia dan Ristenna cukup sukakan kanak-kanak.
Mereka pada masa sama tidak menolak andai digandingkan bersama di dalam mana-mana naskhah drama selepas ini.
Foto: Instagram Risteena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Filem “Baby Driver” Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Pada Usia 16 Tahun

Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita pemergian Hudson Joseph Meek, pelakon remaja berusia 16 tahun yang terkenal melalui wataknya sebagai Miles ketika kecil dalam filem popular Baby Driver (2017).
Hudson meninggal dunia pada 21 Disember 2024 selepas terjatuh daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Vestavia Hills, Alabama.
Berita kematiannya disahkan oleh keluarga melalui akaun Instagram rasmi Hudson. Dalam kenyataan tersebut, keluarganya menulis, “Hati kami hancur untuk berkongsi bahawa Hudson Meek telah pulang ke pangkuan Jesus malam ini.
“Kehidupan 16 tahunnya di dunia ini mungkin singkat, tetapi dia telah mencapai banyak perkara dan memberikan impak yang mendalam kepada semua yang mengenalinya.”

Menurut pihak berkuasa tempatan, siasatan berhubung insiden ini masih berjalan. Namun, tiada unsur jenayah yang dikesan setakat ini.
Merupakan pelajar di Sekolah Tinggi Vestavia Hills, Hudson dikenali sebagai seorang remaja berbakat dan aktif. Beliau menyertai pelbagai aktiviti seperti bola sepak, menyanyi dalam Honor Choir serta aktif dalam kerajaan pelajar.
BACA JUGA: Pelakon Filem Laskar Pelangi Meninggal Dunia Pada Usia 29 Tahun
Sebagai tanda penghormatan, keluarganya merancang untuk menubuhkan Biasiswa Memorial Hudson J. Meek, yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar di sekolahnya setiap tahun.
Upacara peringatan dijadualkan berlangsung pada 28 Disember 2024 di Dawson Memorial Baptist Church, dengan siaran langsung disediakan melalui Instagram Hudson serta halaman Facebook ibunya.
Imbas kembali perjalanan kerjayanya sebagai seorang pelakon, selain terkenal melakonkan watak Miles (lakonan Ansel Elgort) ketika kecil dalam filem Baby Driver. Hudson turut membintangi naskhah lain seperti MacGuyver, Legacies, The Santa Con, Found dan The School Duel.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI